Tak Pernah Dibu̷at Orang. Individu Ni Ded̷ahkan Video Jir̷an Tump̷ang Pag̷ar Samp̷ai 5 Bu̷ah Rumah Untuk Jemur B̷aju.

Selalunya bila duduk rumah teres ni, kalau nak jemur baju dekat pagar rumah tu berebut jugalah dengan jiran sebelah kan? Maklumlah pagar kongsi… Tapi menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok ni lain pula…

Menerusi video yang dikongsikan, wanita ini mengatakan yang dia baru pulang dari Lumut, tapi bila sampai ke rumahnya, dia terkejut bila lihat pagar depan rumahnya penuh dengan kain jemuran. Bukan sahaja rumahnya yang kena, empat rumah lain yang letak bersebelahannya juga turut penuh dengan kain baju yang dijemur! Apa cerita ni?

Rupanya, jiran selang empat buah rumah darinya telah tumpang sidai baju-baju yang dibasuhnya di pagar-pagar rumah ini. Aduhai lah jiran! Balik-balik dari Lumut tengok rumah dah penuh dengan kain. Habis tiga rumah dia tumpang sidai kain. Tak pernah dibuat orang.”

Di ruangan komen, wanita ini memberitahu yang jirannya itu telah datang mengutip bajunya sejurus selepas dia melihat kereta sampai. Ingatkan jiran sebelah, rupanya jiran empat buah rumah. Rumah dia dekat cornet lot. Jauh betul dia sidai. Rumah ada orang pun habis dia sidainya sekali. Tengok kereta sampai laju dia kutip.”

Komen Warganet:

Rata-rata warganet yang melihat turut terhibur dan pada masa sama ada juga yang husnuzon dengan mengatakan mungkin jirannya itu nak buat macam ada orang dekat rumah sebab nak elak dari rumah dimasuki pncri. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Lobak MerahApa Kata Anda?

Tular Lelaki Ini Masih Kekal Positif Selepas Terjadi Kejadian Ini. Sekali Tak Sangka Rupanya Jiran Pernah Alaminya Juga.

Video yang dikongsi Syazwan sehingga kini meraih 2.2 juta tontonan di TikTok. APA sebenarnya yang berlaku? Mungkin itulah persoalan yang bermain di fikiran jejaka ini apabila mendakwa tiga biji gelas di rumahnya pecah secara tiba-tiba. Menurut Ahmad Syazwan Mohamad, 29, ia berlaku dalam tiga kejadian berasingan di kediaman yang disewa bersama dua lagi rakannya di Shah Alam, Selangor.

Malah, kejadian terakhir pada Jumaat malam juga berjaya dirakam secara tidak sengaja yang mana video itu kini tular di aplikasi TikTok. “Masa tu dalam 10.30 malam, kami sebenarnya nak tengok movie. Dah buat jemput-jemput dan buat air. Ketika saya rakam video sedang tuang air, tiba-tiba kami dengar bunyi kaca pecah di dapur.

“Tapi kami tak terkejut. Sebab ia merupakan kali ketiga gelas pecah secara tiba-tiba. Kejadian kedua tempoh hari, ia pecah beberapa saat selepas digunakan oleh kawan saya,” ujarnya. Mesra disapa Syazwan, dia enggan mengaitkan kejadian itu dengan sebarang unsur mistik, sebaliknya cuba bersangka baik sahaja. Namun katanya, seorang jiran turut mengadu mengalami kejadian sama beberapa hari lalu.

Jiran saya turut bercerita kisah kakaknya ditegur ketika jemur baju masa Maghrib.

“Mungkin kaca tu dah expired, lama-lama akan pecah. Ditambah pula sekarang musim lockdown, kami banyak duduk rumah dan guna gelas-gelas tu. Isi air panas, air sejuk… ada kemungkinan ia boleh pecah. Saya tak terfikir ke arah mistik pun. Kemudian selepas video saya viral, ada seorang jiran hantar mesej. Katanya, gelas di rumahnya turut pecah secara tiba-tiba.

“Jiran saya turut bercerita kisah kakaknya ditegur ketika jemur baju masa Maghrib. Selepas kakaknya menoleh, tiada siapa pun di situ,” cerita Syazwan lagi. Dalam pada itu kata Syazwan, video yang dikongsinya sehingga kini meraih 2.2 juta tontonan di TikTok. Malah, rata-rata komen warganet turut mengaitkan kejadian gelas pecah itu dengan elemen mistik dengan pelbagai teori dan dakwaan yang menyeramkan.

“Saya memang tak fikir ke arah mistik. Melainkan kalau semua jiran satu lorong rumah saya alami benda sama, itu lain cerita. Bila gelas pecah, saya fikir mengenai kualiti kaca itu saja. Saya terima saja semua komen, mereka nak berbincang di ruangan komen dan sebagainya,” ujarnya yang sudah hampir setahun menyewa di situ. Bercerita mengenai dirinya, Syazwan merupakan seorang perunding takaful. Malah, dua rakan serumahnya juga turut bekerja dalam bidang sama.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Doktor Ini Berkongsi Detik Misteri Yang Menimpa Dirinya. Sekali Tak Sangka Bila Diperiksa Dengan Termometer Keluar Keputusan Begini Pula.

Dr Kamarul Ariffin berkongsi kisah gangguan yang dialaminya di klinik sewaktu sedang menunggu giliran menunaikan solat Maghrib. Orang tua-tua dahulu sering melarang anak-anak mereka bermain di luar rumah apabila matahari sudah mulai terbenam.

Ini kerana waktu senja dikatakan sebagai waktu di mana syaitan dan jin keluar berpusu-pusu untuk menjalankan ‘operasi’ mereka. Pada waktu inilah gangguan oleh makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar sering berlaku, sebagaimana kisah yang dialami sendiri oleh seorang doktor. Menerusi satu coretan di Facebook, doktor ini berkata gangguan tersebut berlaku ketika dia sedang menunggu giliran untuk mendirikan solat Maghrib di kliniknya.

“Aku sedang tunggu giliran nak solat, tiba-tiba terdengar amaran suhu tinggi berbunyi dari termometer di kaunter saringan yang terletak di pintu hadapan klinik. Termometer tu jenis ada pengimbas automatik. Jika ia kesan ada sesuatu di hadapannya, dia akan imbas suhu. Jika suhu 37.5 Celcius atau lebih, ia akan mengeluarkan bunyi amaran yang kuat.

“Aku bangun dari kerusi dan buka pintu bilik konsultasi dan mengintai ke kaunter saringan, kerana bimbang ada orang masuk ke dalam klinik. Ternyata tak ada sesiapa di kaunter itu. Mungkin ada glic pada termometer itu. Aku tutup semula pintu bilik konsultasi, dan kembali ke kerusi aku,” tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan pada perkongsian tersebut. Sungguhpun merasakan situasi yang berlaku sebentar tadi adalah disebabkan isu teknikal, namun mindanya masih tertanya-tanya punca mengapa termometer itu berbunyi sendiri.

Penggeranya berbunyi nyaring. Seram pula aku jadinya. Ada ‘benda’ bersuhu tinggi duduk di atas kerusi pesakit di sebelah aku ke?

“Tiba-tiba terasa nak cuba imbas suhu udara, jadi aku pun capai termometer dan imbas suhu di sisi aku. Di sisi aku tu ada kerusi di mana pesakit akan duduk jika dia berjumpa aku. Aku imbas suhu di paras di mana sepatutnya kepala pesakit berada jika dia duduk di situ. Teet! Teet! Teet! Pengera termometer bebunyi. Aku lihat paparan skrinnya. 37.5 Celcius. Aik! Kenapa tinggi? Aku imbas lagi di tempat yang sama untuk kepastian. Berbunyi lagi! Kali ni suhunya 38 Celcius. Sekali lagi aku cuba imbas di kerusi pesakit pada paras kepala. Skrin paparan termometer tu bertukar merah terang, dan bacaannya 42 Celcius. Penggeranya berbunyi nyaring. Seram pula aku jadinya. Ada ‘benda’ bersuhu tinggi duduk di atas kerusi pesakit di sebelah aku ke?,” doktor tersebut berkerut memikirkan situasi yang aneh itu.

Lantas doktor itu terus teringat untuk melakukan sesuatu bagi memastikan apa yang sedang bermain di fikirannya ketika itu. “Aku sua tangan aku dekat dengan kerusi dan sentuh tempat duduknya, kemudian aku lekas-lekas tarik tangan aku semula. Ternyata kerusi tu panas. Terus aku bangun dari kerusi aku! “Staf aku baru keluar dari bilik solat. Aku terus pergi ambil wuduk dan tunaikan solat,” katanya.

Cerita Dr Kamarul, seusai menunaikan solat Maghrib, dia lantas membacakan doa-doa khusus untuk memohon perlindungan Allah daripada sebarang bentuk gangguan makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. “Alhamdulillah lepas tu dah tak ada dah berlaku situasi seumpama tadi. Mungkin benar, waktu maghrib adalah masa ‘mereka’ berkeliaran,” tulisnya lagi.

Sebak Isteri Sanggup Minta Maaf Berkali Kali Kepada Suami. Doktor Ini Kongsi Kisah Sebak Tentang Keadaan Pesakit Ini Dan Isterinya

Macam yang kita semua tahu, jodoh, pertemuan serta bila kita akan pergi adalah ketentuan Tuhan. Kita sebagai mnusia hanya mampu merancang,tetapi dia yang menentukan. Begitulah juga seorang doktor,mereka hanya mampu berusaha untuk merawat pesakit dengan harapan diberikan kesembuhan dan kembali sihat.

Menurut seorang doktor,dia berasa sebak berkongsi kisah beliau yang menyaksikan pelbagi derma air mata antara seorang pesakit dan isterinya di hospital. “Baru saja aku terangkan “Baru saja aku terangkan kepada isteri pesakit. Pesakit perlu diberi bantuan pernafasan kerana keadaan semakin teruk.”Dia mengangguk faham dan bersetuju. Tapi mata sudah berkaca. Aku beri ruang padanya untuk berjumpa suami sebelum diintubasi,” tulis Dr Ahmad Samhan Awang di Facebook. Sambil memeluk tubuh suaminya, wanita itu berulang kali berkata sesuatu kepada suaminya yang terlantar di katil.

“Maafkan Ida bang, maafkan Ida bang. Halal makan minum Ida bang. Tangan suaminya mengusap lembut kepala isteri. Abang redakan Ida,” kata Dr Ahmad Samhan mengimbas kembali perbualan suami isteri itu.Menurut Dr Ahmad Samhan, sudah jadi kebiasaan mereka akan memberi penerangan dan mendapat persetujuan daripada pesakit dan waris sebelum melakukan intubasi.

Jelas doktor berusia 35 tahun itu, pesakit akan diberi ubat tidur dan dimasukkan tiub yang disambungkan pada alat bantuan pernafasan (ventilator).”Setelah diintubasi, mereka akan dipantau di ICU (unit rawatan rapi). Jika keadaan pesakit semakin baik, maka tiub tersebut akan dicabut.

“Tetapi jika keadaan semakin teruk, pesakit takkan sedarkan diri dan terus pergi tanpa dapat berbicara lagi,” ujar beliau yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Tr4uma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Memantau keadaan, Dr Ahmad Samhan yang berada dari kepala katil dapat melihat pergerakan dada pesakit selain nafasnya yang tercunga-cungap.”Turun naik dada pesakit. Mulutnya tercungap-cungap untuk memastikan lebih banyak oksigen memasuki paru-paru. Encik A, kami akan masukkan ubat tidur ya. Dia mengganguk.

“Ikut saya mengucap, Lailahaillah muhammadurrasullah. Terkumat-kamit mulutnya mengikuti,” kata beliau yang memimpin pesakit itu untuk mengucap dua kalimah syahadah.Walau bagaimanapun, Dr Ahmad Samhan berkata, setiap manusia tidak akan tahu bagaimana pengakhiran yang bakal dihadapi ketika ajl datang menjemput.

“Kita tidak pasti bagaimana pengakhiran yang bakal kita hadapi. Ada orang berakhir di atas jalan raya. Ada orang berakhir lemas dalam air. Ada orang berakhir terlantar di atas katil.”Yang pasti kita semua akan mati. Yang paling kaya pun mati. Yang paling miskin pun mati. Yang sihat mati, yang sakit apatah lagi.

“Kita cuma perlu doa, moga dipermudahkan saat-saat rh kita terpisah dari tubuh. Dapat lafaz kalimah syahadah dengan baik dan diampunkan segala dosa sebelum diambilnya nyawa kita… dan berharap kita tidak menyusahkan sesiapa dan tidak tinggalkan beban pada mereka yang masih hidup,” kata beliau.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini