Tak Sengaja Tangkap Sebelum Rumah Opah Dirobohkan, Terkejut Muncul Makhluk Pada Gambar 2014

Tak Sengaja Tangkap Sebelum Rumah Opah Dirobohkan, Terkejut Muncul Makhluk Pada Gambar 2014 | Berbanding tinggal di kawasan bandar, entah mengapa rumah kampung menyimpan 1001 mistik seram yang boleh meremangkan bulu roma. Mungkin kerana faktor geografinya yang dekat dengan kawasan semak berhutan, ia menjadikan kebanyakan kediaman desa begitu ‘keras’ dan sinonim dengan kemunculan makhluk-makhluk halus. Tidak ketinggalan, seorang lelaki bernama Azzim Luqman Azhar sempat berkongsikan kisah sama tentang rumah lama neneknya.

Setiap orang yang pernah tidur sini mesti rasa seram sejuk

Membesar di rumah berkenaan, baru-baru ini terjadi satu peristiwa yang membuatkan jejaka ini terkejut besar. Membelek kembali gambar lama rumah opah yang ditangkap sebelum ia dirobohkan bagi tujuan pembinaan semula, kelihatan satu entiti seorang wanita berdekatan motosikal serta meja. Tidak pasti apakah makhluk terbabit, namun Azzim menyifatkan rumah itu sering mengundang rasa seram sejuk penghuninya lagi-lagi apabila melintasi kawasan bilik air.

Kalau aku edit, baik aku edit betul-betul

Setelah beberapa tahun dimuat naik, barulah mereka semua sedar akan kewujudan makhluk seram tersebut. Itu pun selepas ayahnya ‘menyelongkar’ kembali gambar lama di galeri Facebook. Walaupun ramai mendakwa foto berkenaan hanyalah tipu semata-mata, namun Azzim terus menafikan dakwaan terbabit. Di ruangan komen, netizen mula berbincang sesama sendiri dan mengeluarkan pendapat masing-masing. Tidak ketinggalan, ada juga yang mengakui mampu melihat lebih daripada 1 kelibat menyeramkan di kawasan sekitar.

Sumber : Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia (Azzim Luqman Azhar)

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry