Tengok Benda Jadi Makin Serius, Menteri Agama Tampil Beri Kata2 Ini Kepda Ebit Lew-Caprice

Sebelum ini, penyanyi rap, Caprice mendakwa pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah menyekatnya di media sosial.

Di samping itu, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, menerusi platform Instagram Stories didakwa mempersoal tingkah laku Ustaz Ebit Lew ketika menyempurnakan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Tidak berakhir di situ, Caprice telah melakukan sesi live bersama seorang pemuda yang dikenali sebagai Redha Zaini.

Menerusi sesi live tersebut, rata-rata netizen mendakwa pelantun suara ‘Kau Hade’ ini tidak boleh dibawa berbincang.

Saya tak boleh tidur

“Salam guys, dah pukul 3 pagi saya tak boleh tidur. Ada orang kata saya alami masalah mental. Bagi saya ianya berkaitan jihad sebab siapa-siapa yang kenal Caprice sebelum ni, mereka tahu saya akan jadi gila apabila mereka sentuh soal jihad dan Gaza.

Kita jadi orang lain dan badan tak boleh bawa bincang. Saya minta maaf. Cuma saya tak sangka seorang sahabat lama saya tiba-tiba senyap dan tak boleh beri kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza.

Benda kecil saja. Saya tak tahu sebab apa. Saya rasa saya dah tahu sekarang, saya sangat sedih dan berharap hubungan kita kembali pulih semula tanpa campur tangan politik dan orang lain.

Kalau kau fikir balik, bayangkan kita masuk Gaza sama-sama. Mesti indah kan tanpa rakyat sedar. Saya tak mahu tunjuk Whatsapp dengan ustaz lagi” – Caprice

Terbaru, Caprice meluahkan rasa sedih apabila salah seorang sahabat baiknya tiba-tiba mendiamkan diri. Menurut Caprice, dia tidak tahu mengapa sahabatnya itu senyap dan tidak beri kerjasama selepas apa yang berlaku.

Sebagai manusia, Caprice sedih dan berharap hubungan mereka akan kembali pulih tanpa ada campur tangan mana-mana pihak. Ujarnya lagi, sebelum sampai ke Cairo mereka sudah merancang untuk masuk ke Gaza bersama-sama. Namun begitu, sesuatu telah berlaku dan dia tidak mampu untuk menceritakan hal tersebut.

Saya minta maaf jadi ‘crazy’

“Apapaun saya minta maaf sebab jadi ‘crazy’ apabila ada orang kacau Gaza dan Palestine. Kalau nak saya jadi monster cucuklah jihad dan Gaza. Saya dah ambil ubat ni lama termasuk rawatan. Tapi saya tak suka ambil ubat ni sebab saya akan berasa kebas selepas itu” – Caprice

Di akhir perkongsian, Caprice memberitahu dia terpaksa mengambil sejenis ubat untuk tidur meskipun, dia tidak suka melakukan hal tersebut.

Terdahulu, Caprice menceritakan mengenai 13 hantaran Instagram Stories yang ditulis olehnya berhubung Ustaz Ebit Lew dan pasukannya.

Ujar Caprice, dia telah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ustaz Ebit berhubung isu pendakwah tersebut menggunakan foto kanak-kanak malang di bumi Palestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar. Namun begitu, Caprice mendakwa Ustaz Ebit telah menyekatnya di Instagram.

“Damai dan berlapang dada”-Nasihat menteri kepada Ebit-Caprice
Dalam pada itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan supaya perselisihan faham antara pendakwah, Ebit Lew dan penyanyi rap Ariz Ramli atau Caprice dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Tanpa mahu mengulas lebih lanjut, Zulkifli berkata, kedua-dua pihak seeloknya berdamai dan masing-masing perlu berlapang dada.

“Saya tiada komen sebab saya belum meneliti apa-apa. Itu hal peribadi, kedua-duanya sahabat saya, pernah datang bertemu.

“Hal seperti ini seeloknya damaikanlah sebaik mungkin, berlapang dada,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Sumbangan Dana Perlu dan Dana Pelajar Yayasan Wakaf Malaysia (YKM) di Taman Mantau Indah di sini hari ini.

Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit selepas dia menerima rungutan daripada penduduk Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan.

Dia yang kini dalam Misi Kemanusiaan Untuk Palestin mendakwa kecewa dengan pendakwah terkenal itu yang menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza sebagai bahan kandungan di media sosial.

Ebit juga diihat telah menyekat akaun Instagram milik Caprice difahamkan berpunca daripada kontroversi tersebut.

Pergi London for the Ummah?

Masa dekat Malaysia elok je, “Guide me to solat taubat” hmmm

TMJ beri kata semangat buat Ebit Lew
JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat buat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL).

Tunku Ismail memberi respons berkenaan susulan Ebit mengucapkan terima kasih di atas khabar pemergian ayah penceramah itu yang meninggal dunia Selasa lalu.

“Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha. Teruskan membantu rakyat ustaz,” tulis Tunku Ismail menerusi Instagramnya malam semalam.

Terdahulu, Tunku Ismail memuat naik sekeping gambar berserta emoji jam pasir sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.

Tunku Ismail antara watak penting yang menyokong usaha dakwah Ebit serta membantu rakyat yang ditimpa kesusahan.

Kata-kata semangat yang dizahirkan Tunku Ismail dikatakan mempunyai kaitan dengan kontroversi yang tercetus selepas penyanyi rap dan usahawan, Caprice mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Tunku Ismail menzahirkan kata-kata semangat buat Ustaz Ebit Lew menerusi platform Instagram miliknya malam semalam.

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.

“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulis Caprice sekurang-kurangnya 13 hantaran di InstaStory petang semalam.

Menurut Caprice, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit, namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.

Pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya penyokong Ebit.-K! ONLINE

“Caprice tetap dengan keputusan dia nak bongkar 21 Julai ni perangai sebenar Ebit Lew Dan Kerajaan Malaysia walaupun Sharnaaz Ahmad Nasihat jangan Cerita Kes ni.tapi 21 Julai ni pukul 5 Petang waktu G4ZA Dan 9 Malam waktu Malaysia Caprice akan Cerita Rahsia yang boleh Bagi rakyat Malaysia terkejut dengan perangai sebenar Ebit Lew Dan Kerajaan sekarang….

Pendapat korang perlu Caprice Cerita tak”

Sumber: Caprice via Oh Bulan

Kredit: trendingsangat

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini