Terbaru Pahang kembali catat kes C0VID, 30 kontak disaring, ANGK4RA pelaut Filipina

Terbaru Pahang kembali catat kes C0VID, 30 kontak disaring, ANGK4RA pelaut Filipina | KUANTAN 22 Julai – Selepas lebih sebulan tidak merekodkan kes COV1D-19 akhirnya Pahang merekodkan kembali kes berkenaan apabila seorang warga Filipina disahkan positif wab4k berkenaan. Difahamkan, krew kapal berusia 26 tahun itu masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.

Krew kapal berkenaan dikatakan tiba di daerah ini pada Jumaat lalu dan menaiki kapal di Pelabuhan Kuantan pada keesokkan harinya. Susulan kes yang dikesan di Pelabuhan Kuantan itu menyebabkan lebih 30 orang yang dipercayai kontak rapat telah disaring.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Bahari Awang Ngah yang mengesahkan kes terbaharu itu berkata kes itu melibatkan seorang warganegara Filipina di atas kapal.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad melahirkan rasa kecew4 bagaimana warga Filipina berkenaan yang positif Cov1d-19 boleh lepas masuk ke negara ini.

Justeru beliau berharap aspek penguatkuasaan dapat diperketatkan di pintu masuk negara agar penularan pandemik berkenaan dapat dikawal.

Sumber Asal: PahangStory

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

_____________

Baca lagi artikel menarik dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi