Terbaru Wabak Bubonik Pula Dikesan Di China & Mongolia Gara-Gara Makan Tupai Marmot,

Terbaru Wabak Bubonik Pula Dikesan Di China & Mongolia Gara-Gara Makan Tupai Marmot | Penularan wabak COVID-19 terkini mempunyai angka jangkitan telah pun mencecah sebanyak 11 juta di seluruh dunia. Meskipun pandemik berkenaan belum reda, baru-baru ini China telah mengeluarkan amaran mengenai wabak baru yang mula menular di negara tersebut.

Pihak berkuasa dah keluarkan amaran tahap ketiga

Memetik laporan Astro Awani, terdapat dua jangkitan wabak bubonik telah dikesan dalam sebuah bandar di utara China pada Ahad lalu. Jangkitan berkenaan telah dilaporkan oleh sebuah pusat perubatan di Bayannur, Inner Mongolia dan pihak berkuasa sudah pun mengeluarkan amaran tahap ketiga berhubung isu berkenaan.

146 individu yang kontak rapat turut dirawat

Sebelum ini, 2 adik-beradik telah dilaporkan menghidapi wabak bubonik selepas menikmati tupai marmot di wilayah Khovd, Mongolia barat. Marmot merupakan spesis tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota. Kejadian dilaporkan pada 1 Julai lalu itu, telah menyebabkan 146 individu yang mempunyai kontak rapat dengan mereka telah dikuarantin serta sedang menerima rawatan.

Pernah jadi fenomena ‘Black Death’ di Eropah

Wabak berkenaan berpunca daripada pepijat yang telah dijangkiti bakteria serta hinggap pada tubuh rodensia seperti tikus dan tupai. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), ia juga boleh menyebabkan kematian dalam masa 24 jam jika tidak dirawat dengan segera. Menerusi portal History, wabak ini pernah dikenali sebagai ‘Black Death’ dan meragut hampir 200 juta nyawa di Eropah sekitar tahun 1347 hingga 1351.

Sumber: Worldmeters.info, History.com, FB Astro Awani

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry