Dr Noor Hisham Terima Pingat Panglima Setia Mahkota, Jaga Malaysia Dalam P3rang’ C0vid-19

Dr Noor Hisham Terima Pingat Panglima Setia Mahkota, Jaga Malaysia Dalam P3rang’ C0vid-19 | Selepas bertungkus lumus dan berusaha untuk menjaga Malaysia sejak bermulanya pandemik C0vid-19 beberapa bulan lalu, memang layaklah kalau Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dihargai dan diberi penghormatan.

Justeru, beliau menjadi salah seorang individu yang dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri, lapor Awani.

Seramai 12 individu yang menerima pingat tersebut dan 29 lagi dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara PJN serta 5 penerima Darjah Panglima Setia Diraja PSD, masing-masing membawa gelaran Datuk. Berikut adalah senarai penerima pingat PSM

Darjah Panglima Setia Mahkota. PSM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan..Datuk Rohana Yusuf Presiden Mahkmah Rayuan.. Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.. Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain Panglima Tentera Darat.. Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad Panglima Tentera Udara.. Datuk Mazlan Mansor Timbalan Ketua P0lis Negara.. Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria Presiden Majlis Olimpik Malaysia. MOM.. Datuk Ahmad Nizam Salleh Pengerusi Petroliam Nasional Berhad Petronas.. Datuk R. Doraisingam(Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Corporation Berhad.. Datuk Chew Chee Kin Presiden Sunway Group Berhad.. Datuk Seri Gan Yu Chai Pengarah Urusan Platinum Victory Holdings Sdn Bhd.. Datuk Tan Boon Hock Pengasas dan Pengarah Urusan SENA Group of Companies yang juga Pengasas dan Pengarah Optimax Holding Berhad

Tahniah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah!

Sumber LM

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry