Terlalu Kerap Minum Teh Detoks Konon Slim, Doktor Warning Derita Usus Bakal Menanti

Terlalu Kerap Minum Teh Detoks Konon Slim, Doktor Warning Derita Usus Bakal Menanti | Selalu kita dengar bahawa teh detoks bagus untuk kesihatan. Harga di pasaran bagi sekotak uncang minuman ini kadangkala boleh mencecah puluhan ringgit dan ada pihak yang sanggup membelinya. Kini, seorang doktor tampil menerangkan beberapa side effects yang boleh berlaku apabila anda ketagih mengambil minuman ini.

Konon boleh lawaskan pembuangan air besar dan kecil

Menerusi Twitter, Dr. Nimelesh Balanthiren mengakui bahawa minuman detoks atau teh pelangsing ini mempunyai bahan seperti laxative dan kafein. Kedua-dua bahan inilah yang menyebabkan kadar pembuangan boleh menjadi kerap dan berlebihan.

Bukan lemak hilang, tapi boleh menyebabkan kurang air dalam badan

Akan tetapi, ia tidak bermakna lemak dalam badan juga akan hilang apabila mengamalkan minuman detoks ini. Hal ini kerana, hanya air sahaja yang akan dibuang dan boleh menyebabkan risiko dehydration dalam tubuh badan. Oleh itu, doktor tersebut mengingatkan agar pengguna tidak ketagih dengan minuman tersebut dan dapatkan rawatan secepat mungkin jika berlakunya sembelit.

Mengandungi daun Senna, boleh menyebabkan jerawat makin banyak

Melalui satu lagi sumber lain, teh detoks sebenarnya mengandungi daun Senna. Menurut Persatuan Produk Herba Amerika (AHPA), pengambilan daun ini secara berlebihan boleh menyebabkan badan terlalu bergantung kepada bahan tersebut untuk mencerna. Ini boleh menyebabkan sembelit, sisa toksik dalam badan terkumpul, peningkatan jerawat dan macam-macam lagi.

Sumber: Twitter Dr. Nimelesh , Erufucare
Kredit

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry