“Baru Je Sunat Terus Naik Bas,” Ketabahan Budak Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Memandangkan musim cuti sekolah ini, pasti ramai di antara ibu bapa yang akan langsungkan majlis khatan anak lelaki mereka. Pengalaman ini boleh dianggap sebagai pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh sesiapa sahaja.

Di Malaysia, majlis seperti sudah menjadi lumrah kehidupan semua orang. Tidak kira kaya atau kurang mampu, perkara yang wajib perlu diselesaikan.

Bagaimanapun, kisah seorang wanita ini di laman Facebooknya mendakwa seorang anak lelaki dikatakan baru sahaja selesai sunat menaiki bas bersama ibunya untuk pulang ke rumah buat ramai yang sebak.

Allahu dik..Kuatnya awak.. Lepas bersunat terus naik bas..Kuat lagi ibu awak sambil dukung baby bawak awak dan adik baby naik bas..

Katanya lagi dalam kiriman tersebut, walaupun kita rasa susah namun ada lagi insan yang lebih memerlukan seperti adik di dalam gambar tersebut. Kekuatan yang ada pada adik ini menjadi sumber inspirasi buat ramai.

Rata-rata netizen meluahkan rasa hiba melihat adik dan keluarganya dan ramai yang mendoakan kesihatan buat adik ini.

Moga awak jadi anak yg baikā€¦ Murah rezeki

Hebat semangat dan hati awak, nakk.

Semoga rezeki keluargamu tak pernah putus

Sumber: Nor Shabiha Khairi

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini