Tidak Perlu Pakai Face Mask Dalam Kereta Persendirian, Boleh Tuntut Semula Kompaun RM1000

Tidak Perlu Pakai Face Mask Dalam Kereta Persendirian, Boleh Tuntut Semula Kompaun RM1000 | Arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka yang dikuatkuasakan sejak 1 Ogos lalu nyata menimbulkan pertikaian orang ramai berhubung tindakan pengeluaran saman RM1,000. Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kompaun yang dikenakan ke atas individu tidak memakai pelitup muka meskipun berada dalam kenderaan persendirian.

Individu yang menaiki kenderaan persendirian tak perlu memakai pelitup muka..

Perkara tersebut bagaimanapun diperjelaskan semula bagi mengelakkan berlaku kekeliruan orang ramai mengenai definisi sebenar tempat awam yang diwajibkan seseorang itu memakai pelitup muka. Difahamkan, penguatkuasaan pemakaian pelitup muka atau face mask diwajibkan hanya jika berada di tempat awam yang sesak serta menggunakan pengangkutan awam.

Bagi yang dah bayar kompaun kini boleh tuntut semula wang RM1,000

Malah pihak berkuasa juga mempunyai budi bicara sebelum mengeluarkan sebarang kompaun berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh KKM. Selain itu, kerajaan juga membenarkan orang ramai yang telah dikenakan kompaun atas kesalahan berikut ketika menaiki kenderaan persendirian untuk menuntut semula wang berkenaan.

Kanak-kanak bawah 2 tahun tak digalakkan pakai mask..

Dalam pada itu, kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah juga tidak perlu memakai pelitup muka kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk bernafas. Malah ibu bapa juga disarankan untuk tidak membawa anak kecil ke tempat awam yang sesak bagi mengurangkan jangkitan COVID-19.

Sumber : Harian Metro

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry