Tindakan Mulia Wanita Bantu Anak Ini Dipuji Netizen_‘Kulit Kepala Koyak & Tangan Bengkak Kena Pukul’

Benarlah orang kata, setiap kehidupan manusia mempunyai jalan ceritanya yang berbeza. Tidak semua orang memiliki kehidupan indah kerana ada sesetengah yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan orang lain.

Begitulah kisah yang dikongsikan, Siti Nafidzah di laman Facebooknya menceritakan nasib malang yang menimpa anak-anak ini apabila mereka pernah didera oleh bapa kandungnya sendiri.
‘Rindu dekat dia’

Macam jejak kasih hari ini. Budak bertuah ni tiba-tiba muncul dekat restoran. Lama akak tunggu dia, berharap dia datang. Rindu dekat dia. Pesan dekat sorang kakak tu kalau ada nampak budak ni cakap. Kakak kedai tu suruh datang kedai, kakak tu rindu dekat awak, kakak tu nangis ingat dekat awak. Tadi masa makan bersembang dengan Joshua. Dia tanya akak, ‘kakak nangis ke tak jumpa saya?’. ‘Ya, sebab ingat awak tak nak datang sini lagi, ingat ada apa apa jadi dekat awak, risau bapa awak pukul awak lagi’. Dia cakap bapa tak pukul lagi dah tapi akak macam tak percaya je. Apa-apa pun awak dah ada depan mata akak, tu dah cukup puaskan hati akak ni.

Habis makan akak suruh dia balik. Akak tolong kirakan berapa duit jual tisu yang dia dapat hari ini. Ada RM7. Kata Joshua dia keluar tadi jam 8 malam. Alhamdulillah rezeki Joshua malam ni dapat banyak tu. Jam 9 malam Joshua balik. Akak pesan esok datang kedai. Kalau lapar datang makan kat sini. Jangan pergi tempat lain nanti orang marah, orang tak suka awak. Ingat akak pesan ya! Berakhirnya kisah malam ini. Joshua berlalu dengan sebungkus air teh o ais untuk bekalan dia berjalan kaki nak balik rumah.

Jual tisu lewat malam

Kemudian, tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Selalunya di antara jam 8-9 malam Joshua akan datang. Tapi malam ni lambat pula di datang. Dah pesan semalam datang kedai akak ya. Petang akak dah ada dekat kedai. Jam 9.40 malam akak nampak dia dekat luar kedai. Akak teriak nama dia, Joshua berlari dia peluk akak kat kaunter. Pertanyaan pertama yang keluar dari mulut akak adalah ‘Awak dah makan?’ Dia dah makan katanya. Akak buat-buat merajuk sebab dia dah makan. Semalam janji nak makan dengan akak. Dia tersengih je. Okay kakak jom kita makan. Kali ni Joshua datang dengan adik dia Jackson. Adik dia ni agak agresif sikit. Bak kata orang tua-tua budak tak makan saman, tanya Jackson dah makan, dia geleng. Okay jom makan. ‘Nak makan apa?’ Nak makan yong tau foo dah habis. Jadi akak orderkan nasi goreng ayam. Makan lah mereka sambil tengok cerita munafik. Entah faham ke tidak. Tapi dia tahu itu cerita hantu.

Kejap kejap dia tanya jam pukul berapa. Rupanya dia nak ke area Pizza Hut dekat Family Store nak jual tisu. Akak tak bagi pergi sebab dah lewat. Lagipun banyak kedai dah tutup. Mana ada orang. Di cakap bapa suruh sebab dekat sana ramai orang. Akak cakap okay boleh tapi habiskan makanan dulu. Tak habis pun dia makan. Staff akak tapaukan balance makanan dia. Mereka berlalu pergi. Sebelum mereka nak balik rumah akak pesan pada Joshua esok datang kedai akak sebab ada orang nak bagi Joshua dan adik-adiknya hadiah dan permainan. Orang tu salah seorang yang like di page Facebook akak. Berbangsa Cina dari Kuala Lumpur. Terharu rasanya dengan ketulusan hati orang tu.

Kena dera dengan bapa sendiri

Anak ini ada 9 beradik. 5 orang sama macam Joshua ada sejenis penyakit yang muka mereka hampir sama. Joshua berumur 10 tahun. Dia budak yang baik. Kalau tengok depan depan banyak kesan parut pada tangan , kepala dan badan. Semua itu kesan kena pukul dengan bapa dia. Joshua pernah datang di kedai dengan muka sedih sangat. Air mata tak keluar tapi saya boleh nampak dia macam nak menangis. Rupanya masa tu kulit kepala dia koyak kena pukul, tangan dia bengkak kena pukul. Masa tulah saya nekad untuk bantu Joshua. Dari situ saya pun mula share di Facebook pasal Joshua. Ramai yang beri perhatian. Niat saya hanya untuk selamatkan Joshua dari terus diseksa.

Masa saya rawat Joshua memang saya nangis dan rasa kasihan sangat pada dia. Dari masa tu juga saya pesan ada dia kalau lapar datang makan dekat kedai saya. Jangan pergi tempat lain nanti orang marah atau tak suka. Dia tak pernah minta sedekah, dia akan jual tisu untuk dapatkan duit. Allah hadirkan Joshua pada saya saat dia memerlukan saya. Semua tu Allah dah aturkan untuk saya dan Joshua. Semunya berlaku depan mata saya. Belum ada lagi bangsa kita yang jadi macam ini yang berlaku depan mata saya. Jika ada pasti saya akan buat benda yang sama seperti mana saya buat pada Joshua.

Sumber: Siti Nafidzah

Jom join group ni.. Istimewa untuk kita share menu masing2 nanti.. insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini