Tular Ayah Masak Ketum, Realitinya Ramai Bantah Trend Cikgu Rakam Murid Di Sekolah

Tular Ayah Masak Ketum, Realitinya Ramai Bantah Trend Cikgu Rakam Murid Di Sekolah | Baru-baru ini, tular video berdurasi 14 saat yang memaparkan seorang murid perempuan menjawab pertanyaan guru dalam sebuah kelas tentang bapanya pandai memasak air ketum. Ssulan kejadian tersebut, pendidik berusia 40-an yang dikenali sebagai Cikgu S itu memohon insiden tersebut tak dipanjangkan sambil memaklumkan ia sudah diselesaikan secara baik.

Isu guru merakam masa mengajar…ramai ibu bapa tak setuju anak dikomersilkan sesuka hati

Terpanggil dengan isu tersebut, saudara Khairul Hakimin Muhammad berpendapat bahawa tiada keperluan pun bagi seseorang guru untuk merakam gelagat anak murid pada awalnya. Meskipun tindakan itu mungkin bertujuan untuk diberikan kepada ibu bapa, namun terdapat ramai pihak tak bersetuju apabila identiti anak dimuat naik ke mana-mana aplikasi atau laman sosial tanpa sebarang izin.

Ibu bapa sibuk jaga muka anak tapi cikgu pula rakam…bila dah tersebar jadi masalah lain

Hakikatnya terdapat ramai ibu bapa di luar sana berusaha untuk tak memaparkan wajah cahaya mata masing-masing atas tujuan keselamatan termasuklah Khairul Hakimin sendiri. Malah jika sesebuah rakaman itu telah tersebar luas, maka ia berpotensi menimbulkan salah faham atau jadi isu yang lebih besar.

Kesiannya budak tu…tak pasal-pasal jadi bahan gurauan nanti

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan lelaki tersebut. Mereka malah menzahirkan kerisauan apabila menyifatkan penularan video terbabit mungkin boleh menjejaskan kanak-kanak tersebut pada masa akan datang.

Sumber: FB Khairul Hakimin Muhammad

Nak lagi Cerita Menarik? Subscriber Telegram Min ===> Media Portal