Tular, Kegigihan Seorang Remaja Yng Baru PeIuk Islam Tengah Belajar Solat Dengan Nota Bacaan Di Hadapanya

SESUNGGUHNYA Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada hambanya melalui pelbagai cara. Ia juga perlu dicari bvkan hanya dinanti.

Oleh itu kita perlulah berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya.

Sebagai orang Islam, kita seharusnya memperbanyakkan kesyukuran kerana kita dipilih oleh Allah SWT daripada berbilion manusia di atas muka bumi ini, dilahirkan sebagai muslim.

Bvkan sekadar itu, malah kita juga harus benar-benar memahami hakikat agama Islam daripada semua segi konsepnya, rukunnya, dan syariatnya.

Setelah memahami hakikat agama Islam, kita harus pula menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam syariat Islam itu sendiri.

Justeru sebagai manusia, kita perlu sentiasa menghargai sebaik mungkin pemberian nikmat Allah selain terus belajar mendalami ilmu agama Islam.

Lebih mudah jika dilahirkan dalam keluarga Islam yang kita juga mudah untuk mempelajari ilmu agama. Namun, nasib setiap orang itu juga berbeza-beza dan yang paling utama hidayah itu tetap milik Allah SWT.

Seperti apa yang dilihat berlaku baru-baru ini, sebuah p0sting di laman Twitter memperlihatkan seorang pemuda Amerika Syarikat sedang belajar menunaikan ibadah solat di dalam sebuah masjid.

Dua keping gambar pemuda berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abdel Rahman kini tvlar dan menjadi bahan bualan ramai.

Mana tidaknya, melalui p0sting itu kelihatan pemuda tersebut meletakkan sekeping kertas yang dijadikan sebagai nota di hadapan sejadah sebagai panduan serta rujukan dalam menunaikan solat.

“Pemuda Amerika ini mungkin sahaja baru memeIuk Islam dan dia sedang berusaha sebaik mungkin belajar menunaikan solat di satu sudut masjid menggunakan sehelai kertas. MasyaAllah semoga Allah SWT berikan ketabahan buatnya dalam mempelajari ilmu Islam,” tulisnya.

Posting berkenaan menerima hampir 70,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 23,700 kali serta pelbagai komen diberikan oleh warganet.

Rata-rata dalam kalangan warganet mengucapkan rasa syukur dan gembira atas hidayah yang diterima serta penghijrahan yang dibuat oleh pemuda tersebut.

Warganet juga berpendapat kita juga perlu contohi keikhlasan beliau dalam mendalami ilmu agama.

Diharapkan pemuda itu kekal istiqamah dalam mempelajari seIok-beIok agama Islam dan juga dikelilingi rakan serta sahabat yang mampu berkongsi dan membawa beliau kepada jalan kebenaran.

Sumber: sinar hrian, Twitter Abdel Rahman

“SAYA sudah cuba banyak kali tetapi gagal juga. Bagaimana mahu istiqamah ya?”

Mungkin situasi itu pernah kita hadapi, bukan?

Ya, bukan mudah untuk kita istiqamah terutama dalam melakukan ibadah secara berterusan.

Selalunya, impian yang ingin kita capai sangat berbeza dengan tindakan yang kita ambil.

Padahal, Rasulullah SAW telah berpesan menerusi hadis baginda: “Lakukanlah amal sesuai dengan kesanggupan kerana sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan bosan sehingga engkau menjadi bosan. Dan sesungguhnya amal yang paling ALLAH SWT sukai ialah yang terus-menerus dikerjakan walaupun sedikit.” (Riwayat Abu Dawud)

Bahkan, baginda SAW sendiri tidak pernah mengikut mood apabila melakukan amal ibadah, tidak seperti kita.

Misalnya, solat malam. Baginda akan melakukannya tanpa meninggalkannya.

Jika ada halangan, Nabi Muhammad SAW akan menggantikannya dengan solat sunat sebanyak mana rakaat yang selalu dilakukan pada waktu siang.

Ia berbeza benar dengan sikap kita yang hanya akan melaksanakan sebanyak mana yang termampu dalam satu masa sahaja.

Bagaimana mahu kekal istiqamah?

Apa kata kita cuba cara ini:

1. Mulakan dengan sesuatu yang sangat mudah dan sedikit dahulu.

2. Lakukan peningkatan setiap hari. Selepas itu, sedikit demi sedikit lakukan penambahan kepada yang besar dan semakin besar.

3. Pastikan peningkatan yang dilakukan itu semuanya mudah untuk dilaksanakan. Jangan biarkan peningkatan itu menjadi sulit demi mengelakkan semangat yang ada menjadi pudar.

4. Paling utama, sentiasa memohon kepada ALLAH SWT agar ditetapkan hati untuk istiqamah melakukannya.

Nampak mudah, bukan? Ayuh kita cuba laksanakannya sama-sama.

Apatah lagi, dalam bulan Ramadan yang mempunyai pelbagai keistimewaan ini untuk kita meningkatkan amal ibadah.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini