Tular Video Kucing Ikut Masuk Dalam Kereta Tuanya,Buat Natizen Geli Hati “Relax Je Dia…”

Mungkin anda pernah melalui situasi melucukan yang tidak dijangka sehingga ianya membuatkan anda terkejut dibuatnya. Sama macam situasi yang dikongsikan lelaki ini apabila kemunculan seekor kucing di dalam keretanya yang berjaya mengejutkannya.

Bukan sahaja terkejut dengan kehadiran kucing itu malah dia juga turut berdekah melihat gelagat kucing itu yang kekal terdiam di situ. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat kucing itu yang seolah-olah pasrah dibawa lari.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan kejadian lucu itu semasa dia memandu seorang diri baru-baru ini. Menurutnya, dia tidak sedar bagaimana kucing tersebut boleh berada di dalam keretanya itu semasa dia memandu.

Malah dia juga hanya sedar mengenainya selepas sudah lama memandu di sekitar kawasan bandar itu. Lelaki itu kemudian berseloroh tertanya-tanya mengenai identiti kucing itu yang tidak diketahui milik siapa.

Lebih melucukan, kucing itu kekal terdiam di tempat duduk tersebut dan hanya memandang ke luar tingkap. Melihatkan reaksi tenangnya ini, netizen turut berseloroh mungkin juga kucing itu sengaja mahu keluar berjalan-jalan dan memasuki kereta lelaki tersebut.

Video Klik Disini

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi selamba dari kucing itu. Dalam masa yang sama, netizen turut bergurau meminta kucing itu membayar duit minyak kepada lelaki itu yang telah menumpang keretanya dalam diam.

“Bang minta duit minyak. Dia diam tu sebab nak ngelak bayar duit minyak.”

“Hahaha relax je dia kat belakang adui lah.”

“Bang rumah saya macam dah terlepas ni.”

“Tengok muka pun tau dah lawak.”

Sumber : HCL

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini