(VIDE̷O) “Dekta Ci̷um Tudung Ibu ..”Mungkin Dia Rasa Ral̷at Bercuti Kali Ni Tanpa Ib̷u.

Menerusi halaman instagram , satu video durasi pendek yang dikongsi dengan kapsyen yang cukup menyedihkan buat para netizen.

Baru-baru ini kami ada berkongsi dimana Dekta telah menulis sepucuk surat dengan ungkapan buat arw4h ibunya,tetapi video kali ini Dekta telah membuatkan ramai mengalir a1r m4ta.

Dekta yang dalam keadaan termenung seorang diri di luar sambil termenung dan telah mencivm tudung tudung arw4h ibunya.

Ternampak Dekta tulis ayat ni. Ya Allah, luluh hati. Sebak. Mungkin dia rasa ralat bercuti kali ni tanpa ibu.

Nampak dari cara pandangan talita sangat2 kerinduan.Terima kasih pada yg mendoakan utk talita dan yg menhadiahkan Al-

VIDEO:

Video

Rata-rata netizen melihat video Dekta,mereka tidak tahan sebak.Pelbagai komen yang telah ditingalkan oleh anak Shuib.

KOMEN NETIZEN:

Sumber : Instagram cerita artis malaysia

” Saya Hadapi Teka’nan Men’tal, Tak Dapat Terima Kehila’ngan Isteri, Tiap Minggu Jumpa Pakar Psikiatri” – Shuib

Putrajaya:Pelawak popular Shuib mengatakan emo’sinya tak stabil dan agak susah untuk mengawal perasaan setiap kali mengenang kembali isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. ” Saya hilang diri sejak arwh tiada”.

Shuib berkata, emosi antara perkara yang paling sukar dira’wat walaupun Allahy4rhamah sudah pergi lebih dua bulan lalu.

“Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah em’osi. Saya rasa itu yang paling sus’ah untuk saya. Saya tengok anak-anak saya, Alhamdulillah emosi mereka stabil tapi saya berbeza.

“Ketika hayatnya, saya buat hampir semua benda dengan Sarah. Saya banyak kongsi hal kerjaya dan juga perniagaan dengannya. Contohnya kalau ada ma’salah dalam perniagaan atau peribadi, saya rujuk dengan dia dan begitu juga sebaliknya.

“Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa. Sampai sekarang, bila saya ada mas’alah, saya tak cakap dengan orang walaupun dengan mak atau mentua saya.

“Apa yang mampu saya lakukan untuk mengawal em’osi saya adalah dengan pergi ke ku’bur dan berkongsi dengannya,” katanya.

Menurut Shuib, dia akan menziarahi kubur isterinya setiap Isnin dan Jumaat untuk berkongsi setiap apa yang terbuku di hatinya.

Shuib berkata, dia juga masih berehat panjang dan sudah lama tidak ke pejabatnya kira-kira lima bulan serta lebih dua bulan dia tidak bekerja.

“Setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu untuk memeriksa kesi’hatan saya. Lebih kurang pakar psikiatri bagi memantau keadaan kesihatan me’ntal saya.

“Ini kerana kesihatan men’tal ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita. Namun, saya bersyukur saya ada keluarga yang sangat baik untuk bantu menjaga anak-anak saya.

“Alhamdulillah sekarang ini kami juga buat apa yang kami tak pernah buat sebelum ini seperti mengaji al-Quran setiap malam dan solat berjemaah. Jadi perkara seperti itulah yang sangat membantu kesihatan men’tal saya,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan anak bongsunya, Ayash Affan, Shuib berkata, anaknya membesar dengan sihat dan mudah dijaga.

“Ayash adalah anak yang sangat luar biasa. Saya tiada masalah langsung kerana mudah jaga, tak banyak mereng’ek dan bayi yang sangat baik.

“Alhamdulillah, dia juga menunjukkan perkembangan kesihatan yang sangat baik. Dia dilahirkan seberat 1.8 kilogram (kg) dan kemudian saya ambil dia ketika beratnya 2.6 kg dan kini beratnya sudah 4.1 kg,” katanya.

Ayash dilahirkan pada 6 Ogos lalu melalui pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu tiga hari sebelum Siti Sarah menghem’buskan nafas terak’hir akibat Covid-19.

Siti Sarah men1nggal dun1a di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM, UKM pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos lalu.

Allahyarham mening’galkan suami dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6; dan Ayash.

SELEPAS dua bulan kehilangan isteri tercinta Allahy4rhamah Siti Sarah Raisuddin, pelawak Shuib berkata soal jodoh bukanlah keutamaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata buat masa ini dia belum bersedia untuk mencari pengganti Siti Sarah.

Lebih-lebih lagi dia perlu memberikan tumpuan kepada empat anaknya yang masih kecil terutama Ayash Affan yang baru berusia dua bulan.

“Saya tak kisah menjadi ibu dan ayah buat mereka setelah arwh Sarah pergi, jadi sebab itulah saya tak terfikir fasal kahwin lagi. Kadang-kadang saya fikir, bagaimana pula perasaan arwh di sana.

“Jadi bab jodoh ini saya tak berani nak cakap panjang kerana ia adalah percaturan Allah SWT dan saya percaya pada ketentuannya. Saya tidak menolak jodoh, sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya.

“Tapi tak boleh juga cakap yang saya tidak akan berkahwin lagi sebab mungkin saya muda lagi, 37 tahun dan saya ada anak empat orang, sudah tentu mereka memerlukan kasih seorang wanita.

Kehilangan Siti Sarah masih dirasai oleh Shuib.

“Mak saya pun kata saya masih muda… sebagai lelaki sudah tentu saya nak ada rasa berkasih sayang, ada nafsu, apalagi dengan ada anak-anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang wanita, ibu tapi semua itu saya serah kepada Allah mengenai soal jodoh saya pada masa hadapan,” katanya kepada mStar.

Shuib ditemui semasa majlis Indigital Music Night di Restoran D’Empangan Udang Galah, Putrajaya pada malam Jumaat.

Sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya… cuma buat masa sekarang, belum ada!

SHUIB

PELAWAK

Jika ditakdirkan berkahwin lagi, Shuib berkata dia hanya mahukan seorang wanita yang boleh menerima anak-anak kerana itu merupakan keutamaan hidupnya.

“Saya tak mahu wanita yang ada persamaan dengan Sarah sebab arwh dah berada di dalam kelasnya yang tersendiri, cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan. Hal kahwin ini bukan untuk kepentingan peribadi saja tapi untuk kepentingan anak-anak dan keluarga.

“Kalau dia berjaya mencuri hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya. Sebab yang lebih penting adalah mereka. Mereka pun pernah ada ibu, pastinya mereka mahu membesar dengan sentuhan seorang ibu dan tanggungjawab sayalah untuk memilih orang yang tepat.

“Sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya… cuma buat masa sekarang, belum ada,” ujarnya.

Shuib utamakan anak-anak.

Dalam pada itu, Shuib menafikan khabar angin dia kini didekati oleh seorang selebriti wanita.

“Siapa ya? Saya tak tahu langsung… Buat masa ini tak ada lagi sesiapa yang cuba dekati. Kalau ada pun saya berborak dengan pengurus sahaja,” katanya.

Sumber: HMetro Via https://www.dnq.pw/