[Vide0] Gadis Ini Tunjuk Kenapa Kurma Patut Dicuci. Video Dia Dapat Lebih Dari 2 Juta Tontonan

BULAN Ramadan menjelma lagi, kurma dijual di merata negeri malah pelbagai jenama dapat diperolehi buat juadah sahur dan berbuka untuk semua umat Islam seluruh dunia.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Kurma sangat sinonim dengan bulan Ramadan kerana ia makanan Sunnah. Disebabkan itu, apabila tiba bulan Ramadan banyak pasaraya tempatan mengimport dan menjual kurma.

Banyak hadis menyebut tentang disunnahkan bersahur dan berbuka puasa dengan kurma.

Kurma juga boleh dijadikan sebagai ‘penyelamat’ jika tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka atau terlewat bangun bersahur.

Selain senang dibawa, buah kurma juga boleh dimakan terus dengan hanya membuang bijinya.

Namun, lain pula yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @Azween_Muzani ini.

Perkongsian videonya menjadi tular sehingga mendapat lebih 2.1 juta tontonan.

Menerusi video tersebut, gadis itu menunjukkan cara-cara mencuci buah kurma untuk membuang ulat.

Menurutnya, basuhan itu adalah bagi menghilangkan kotoran daripada buah kurma serta sebarang ulat yang ada di dalamnya.

Cara basuhannya yang ditunjukkan amat mudah, hanya dengan memasukkan buah kurma tersebut ke dalam air dengan garam selama 10 hingga 15 minit.

Katanya, setelah dibasuh, kurma tersebut perlu ditos sehingga kering. Kemudian boleh simpan dalam bekas yang tertutup rapat. Boleh juga dikeringkan menggunakan tisu dapur.

Walau bagaimanapun, perkongsian gadis tersebut turut menjadi tanda tanya warganet yang khuatir buah kurma tidak tahan lama selepas dibasuh.

Justeru, gadis berkenaan turut membuat video menunjukkan ‘bukti’ bagaimana kurmanya yang dibeli pada Januari lalu yang melalui proses basuhan masih bertahan sehingga kini.

Azween turut menyatakan ia terpulang kepada cara masing-masing dan tidak menjadi masalah untuk memakan buah kurma yang dibeli itu tanpa membasuhnya dahulu.

Jadi, korang pilih yang mana? Basuh atau tidak? Hasil yang dijumpai setelah basuhan yang ditunjukkan dalam video tersebut juga agak menggelikan!

Video:

Sumber : SinarPlus

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini