[Vide0]” Menangis Teng0k Cara Alif Satar Layan Isteri Dia”, Netizen Luah R4sa Terharu

Nama Alif Satar tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Bukan sahaja dengan bakatnya dalam bidang nyanyian, bahkan sikapnya yang baik dalam pergaulan sesama rakan artis dan peminat membuatkan dia sentiasa memenangi hati orang ramai.

Bukan sekali dua tindakan beliau yang bertimbang rasa menjadi perhatian peminat, bahkan layanan beliau terhadap isteri tersayang membuatkan warga maya tersentuh dan mengalirkan air mata.

Terbaru, nama selebriti ini membanjiri laman Twitter dengan trending nombor satu di mana para peminat meluahkan rasa kagum mereka terhadap layanannya kepada isteri tercinta.

“You were with (me) the whole way. I love you.. I love you,” ujar Alif kepada isterinya setelah menamatkan cabaran Ironman 2019.

Klip daripada video vlog Alif semasa cabaran Ironman itu telah mendapat lebih 5.6 ribu tanda suka dan 5.5 ulang kicau. Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan terinspirasi menonton video berkenaan.

Banjir berair mata macam air terjun

Dia satu dalam sejuta

“Hats off Aliff Satar”

Inspirasi

Selain itu, netizen turut berkongsi kata-kata semangat yang disebut Alif Satar dalam rancangan berkenaan.

“Race, race jugak. Ironman, Ironman jugak. Esok Dia tak tanya, “Finish ke Ironman tu?”

“Alif Satar layak diberi pujian kerana sikap, kepercayaan dan pegangannya sebagai atlet!”

Sementara itu, ada wanita meluahkan harapan mereka agar mendapat teman hidup seperti Alif.

“Perfect guy”

Jom tonton video penuh di bawah.

Video Klik Disini

Sumber: Twitter, Alif Satar

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini