[Vide0] Tindakan Ber4ni Se0rang Lelaki ‘CuIik’ Poc0ng Di Tepi Jalan Undang ‘Mlsteri’, Rupanya Ini Alasan Mereka

Biasanya bila kita dengar nama ‘p0cong’, pasti terbay4ngkan susuk ser4m yang boleh membuatkan bulu r0ma berdiri. Kalau terjumpa, tak cukup tanah kita lari.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Pun begitu di Lamongan, Indonesia, beberapa individu telah bertlndak membawa pulang ‘poc0ng’ yang ditemui di tepi jalan.

Menurut Detik News, rakaman CCTV di tempat kej4dian berjaya merak4m keIibat seorang lelaki berbaju hitam dan bert0peng mengambil ‘p0cong’ yang diletakkan di tepi jalan.

Dia kemudiannya dilihat mengendong patung ‘pocong’ tersebut sambil membonceng rakan subahatnya di atas sebuah motosikal.

Berikut adalah video tular saat patung tersebut dicuri yang membuatkan orang ramai geli hati.

Walau bagaimanapun, tindakan mereka ‘menculik’ patung pocong tersebut terus menjadi tanda tanya. Warganet juga membuat pelbagai spekulasi namun lebih terarah kepada yang bersifat menghiburkan.

Video:

Mungkin nak dikebumikan secara layak

Tengok-tengok pocong betul

Sementara itu, ada juga warga maya yang mendakwa menonton video dimuatnaik pelaku di media sosial. Lapor Detik News, tindakan mereka juga telah ditiru beberapa individu lain di bawah umur.

Tambah portal itu, patung tersebut telah diletakkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai betapa bahayanya penularan COVID-19. Malah, kelihatan beberapa keranda disusun di lokasi serupa dengan tulisan “Mati kerana korona”, lapor akhbar tersebut.

Selepas disiasat, seramai empat individu telah ditangkap pihak berkuasa dan mengembalikan patung tersebut di tempat asalnya. Menurut individu terbabit, ada yang mengatakan bahawa tindakan itu hanya untuk menakut-nakutkan rakan mereka sahaja.

“Saya curi pocong itu untuk takut-takutkan kawan saya, Adit. Sekadar prank, tak ada niat lain pun,” kata pemuda itu.

“Saya mohon maaf dan tidak akan mengulangi perbuatan saya,” lapor portal tersebut.

Jelas Detik News, terdapat tiga patung ‘pocong’ di kawasan tersebut yang mempunyai papan tanda besar dengan mesej, “61,140 orang meninggal kerana COVID-19 di Indonesia, Mau Gabung?”

Sumber: Detik News (1), Detik News (2), Lamongan Populer

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini