Vide0”K4hwin p4ling rare”, r4ja sehari bers4nding d4lam mall r4ih perh4tian

Bila sebut sahaja majlis perkahwinan, pasti terbayang akan kemeriahan yang dihadiri sanak saudara dan sahabat handai.

Biasa yang kita jumpa majlis tersebut dibuat dengan meriah di rumah, dewan mahupun di hotel.Namun lain pula dengan yang tular baru-baru ini apabila majlis bersanding diadakan dalam kompleks membeli belah.

Kelihatan pasangan pengantin dengan selamba duduk bersanding di atas pelamin di tengah-tengah bangunan tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok aleyyaaaa____, kedua-dua mempelai tersebut dilihat cantik berbusana putih bahkan siap mempunyai pengapit yang mengipas mereka berdua.

Video tersebut menjadi perhatian ramai, sehingga kini mendapat hampir 700,000 tontonan dan 68 ribu tanda suka.

Video:

Namun rupa-rupanya itu bukanlah majlis persandingan yang betul. Hanya model pengantin yang berada di expo perkahwinan yang dipercayai di Aeon Melaka.

Menjengah ruangan komen, rata-rata terhibur melihat aksi persandingan yang lengkap dipasang alunan kompang.

Komen netizen:

Sumber:SinarViral

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini