[VIDEO] Ayah Tiba2 P̷anic B̷aby Dis̷angka Hil̷ang Masa Tidur, Sekali Toleh Belakang

Ayah Panic Baby Disangka Hilang Masa Tidur, Sekali Toleh Belakang [VIDEO] | Membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab bersama-sama antara ibu dan ayah. Walaupun sibuk mencari nafkah atau terikat dengan komitmen kerja, tapi siapa kata bapa tak boleh jaga baby kan? Mungkin agak berbeza dengan kaedah yang sering dilakukan para ibu, tapi buktinya mereka lebih fun dan kreatif semasa melakukannya.

Gelabah anak hilang sampai tengok bawah katil…tapi nasib baik berjaya jumpa balik

Samalah seperti video dimuat naik oleh seorang ayah yang menjadi perhatian ramai di TikTok baru-baru ini. Tersedar daripada tidur, pemuda bernama Mohd Nur Aiman ini seakan-akan cemas apabila mendapati baby tiada sedangkan dia sepatutnya tidur beralaskan kain bercorak di sebelahnya. Oleh itu, dia terus melakukan sesi pencarian sampai ke bawah katil kerana risau terjatuh. Namun lelaki tersebut tak perasan bahawa si kecil tersebut telah ‘dipergunakan’ olehnya.

Ingat tu bantal urut ke? Bertuah punya bapak, kalau bini nampak confirm kena bebel..

Malah Aiman terus membuat reaksi lega sambil mengusap-usap dada tatkala menjumpai cahaya matanya. Secara keseluruhannya video berdurasi 14 saat itu telah meraih hampir 300 ribu jumlah tontonan setakat ini. Selain terhibur dengan gelagatnya, rata-rata netizen juga berasa kasihan kepada anak kecil tersebut. Malah mereka turut berseloroh bahawa dia pasti dikenakan tindakan jika perkara ini dilihat oleh isterinya.

Sumber: TikTok mohdnuraiman331

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini