[Video] Budak Lelaki Curi-curi Makan Lauk Ibu Bawah Saji, Undang Tawa “Amboi Perangai”…

Iyalah, anak-anak kecil di rumah sudah tentu menjadikan suasana rumah itu riang dan riuh. Kadangkala telatah mereka yang panjang akal memang membuatkan ibu bapa rasa geram.

Sama seperti video yang tular ini di TikTok apabila gelagat seorang budak lelaki kantoi makan di bawah tudung saji telah mencuri tumpuan.

Pandai ‘curi makan’ sambal sotong ibu bawah tudung saji

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang duduk atas kerusi yang berada di ruangan dapur.

Apa yang lebih melucukan adalah dia dilihat memasukkan kepalanya ke dalam tudung saji dan mengambil lauk yang dimasak ibunya.

Si ibu juga sempat merakam gelagatnya yang lucu itu sambil mencedok kuah sambal sotong lalu memasukkan ke dalam mulutnya.

“Dia ingat dah selamat dah tu” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 206K tontonan, 3K tanda suka dan 300 komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat nakal si kecil itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini