[VIDEO] Detik2 Perpisahan Sahabat Ini Meruntun Jiwa Ramai. Gugur Air Mata Jantan

Detik2 Perpisahan Sahabat Ini Meruntun Jiwa Ramai. Gugur Air Mata Jantan [VIDEO] | Sahabat sejati umpama mutiara yang sangat indah dan tidak ternilai. Malah kehadiran mereka yang tidak jemu untuk bersama sewaktu susah dan senang juga tidak seharusnya dipersiakan. Itulah yang dapat digambarkan menerusi sebuah video yang tular ini. Detik mengharukan itu dikongsi menerusi akaun TikTok @mek_klate.

Jatuh air mata jantan kenangkan perpisahan yang bakal berlaku..

Menerusi paparan video berdurasi kurang daripada seminit itu, dapat dilihat reaksi duka sekumpulan pemuda sewaktu mahu berpisah antara satu sama lain. Lebih meyentuh hati lagi apabila kesemua mereka gagal menahan sebak sehingga berguguran air mata tatkala mengenangkan perpisahan yang bakal berlaku.

Aku tak kuat nak lalui semua ini.. Orang nampak happy tapi di sebalik kebahagiaan itu terselit kedukaaan

Bagi mereka yang pernah berada dalam persahabatan ini, sudah pastinya banyak kenangan diciptakan bersama sehingga terjalinnya satu ukhuwah luar biasa. Akui gadis berkenaan, perpisahan tersebut membuatkan masing-masing tidak dapat menahan perasaan rindu.

Sebaknya rasa, inilah persahabatan seribu dalam satu..

Siapa sangka, rakaman video penuh emosi itu berjaya merobek jiwa netizen selain meraih lebih 300 ribu tontonan setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata mereka mengakui sebak melihat detik terakhir sebelum masing-masing berpisah. Tidak kurang juga yang memuji akan keikhlasan hubungan persahabatan ini.

Sumber : TikTok mek_klate

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry