[VIDEO] Isteri Meraung Bersalin Sambil Pakai Topeng, Kalah Betting Dengan Suami

Viral Isteri Meraung Bersalin Sambil Pakai Topeng, Kalah Betting Dengan Suami [VIDEO] | Menantikan detik bersalin adalah proses yang cukup perit dan terasa panjang untuk golongan wanita. Lebih-lebih apabila berlaku contraction yang merupakan saat-saat genting sebelum bayi dapat diteran dengan kuat. Ketika ini, sokongan moral daripada suami sangatlah penting sebagai pemberi semangat agar isteri tidak mengalah. Namun bagi seorang wanita ini, lain pula ragam yang ditunjukkan olehnya.

Pakai topeng Chewbacca iaitu watak fiksyen daripada filem ‘Star Wars‘

Mula dikongsikan oleh pengguna akaun TiTok @thefjerry, dapat disaksikan wanita berkenaan sedang struggle melahirkan anaknya di dalam dewan bersalin. Akan tetapi, moment yang sepatutnya disulami rasa syahdu seakan-akan bertukar lucu kerana dia telah memakai topeng Chewbacca iaitu watak fiksyen daripada filem barat berjudul ‘Star Wars‘. Sukar dipercayai, namun demikianlah adegan ‘masuk air’ yang sempat dibuat oleh ibu baru ini.

@fjerry

Would you do this? 😂 #fyp #4u #familyfun #fail

♬ original sound – FJerry

Doktor dengan nurse tahan gelak tak agaknya?

Tidak ketinggalan, difahamkan pemakaian topeng itu terjadi kerana dia telah tewas ketika melakukan betting (pertaruhan) bersama Encik Suami. Tidak pasti apakah perkara yang dipertaruhkan, tetapi nyatanya kegilaan suami isteri ini telah mengundang tawa besar daripada netizen. Meraih berjuta-juta tontonan secara global, orang ramai sangat terkesima kerana ibu ini sempat lagi melayan gurauan sebegitu meskipun berada dalam keadaan getir.

Sumber : TikTok thefJerry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry