[VIDEO] Lagi 5 Hari Sebelum Majlis Tapi Terpaksa Batal Nikah, Lelaki Sebak Tengok Pelamin Kosong

5 Hari Sebelum Majlis Terpaksa Batal Nikah, Lelaki Sebak Tengok Pelamin Kosong [VIDEO] | Pernikahan adalah suatu ikatan suci yang sememangnya dinantikan oleh setiap lelaki dan wanita. Malah mereka yang bakal melangsungkan majlis tersebut pastinya teruja buat segala persiapan. Walau bagaimanapun, tak semua perkara yang dirancang akan jadi kenyataan kerana tetap akan ada ujian yang melanda. Sama juga seperti kisah sedih yang dilalui oleh seorang lelaki ini.

Majlis perkahwinan dibatalkan 5 hari sebelum tarikh sebenar…Hanya mampu memandang kecewa ke arah pelamin

Baru-baru ini pengguna TikTok @abeqlate94 berkongsi suasana pilu di rumahnya dan mengatakan bahawa mereka sepatutnya bernikah pada 23 Julai 2020. Walau bagaimanapun, majlis tersebut telah dibatalkan 5 hari sebelum perkahwinan. Dalam pada itu, jejaka ini dilihat hanya memandang ke arah pelamin persandingannya dan hanya tersenyum hambar. Malah, dia turut berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi kekecewaan yang sedang dilaluinya itu.

@abeqlate_

Mjlis kwin sdiri 23.7 tapi mjlis tu batal 5hari sblom hb tu 🥺😭🤲🏻 Allah kuat kn aq hnya kau yg thu ap aq rasa skrng ni 💪🏻😭

♬ original sound – ItzzmeシMpittttt🦋 – M P I T🦋

@abeqlate_

Aku mnemukanmu secara online, dan tdk sengaja mencintaimu secara nyata 🥀🥺#tiktokmalaysia #fyp

♬ original sound – Call Me Keyfaro🇮🇩 – 𝐊𝐄𝐘𝐅𝐀𝐑𝐎シ👾

Pasti ada hikmah di atas apa yang terjadi…semoga bertemu partner yang lebih baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu dan mendoakan agar dia terus bersabar menghadapi ujian berkenaan. Malah, mereka menyatakan bahawa setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya serta berkongsi pengalaman sama yang dilalui. Video tersebut telah meraih lebih 80 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Sumber: TikTok abeqlate98

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Arikel menarik dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini