[VIDEO] Layanan Mertua Pada Menantunya Yang Sedang Sakit , Buat Netizen Tersentuh..

Apabila seseorang itu berkahwin, dia bukan sahaja berkahwin dengan pasangannya tetapi dia juga berkahwin dengan keluarga dan kehidupannya.

Walaupun menerima keluarga mertua tidaklah semudah yang disangka, namun kita boleh mencuba dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan ragam mereka yang tersendiri.

Malah, hanya kerana kita sering di sajikan dengan drama di televisyen yang mana selalunya mertua tidak akan menyukai menantu, ramai di luar sana berada bimbang akan melalui situasi berkenaan.

Ramai mereka di luar sana mempunyai mertua yang baik

Ada ramai di luar sana mempunyai mertua yang menyukai mereka dan menyenangkan. Namun begitu tidak semua dari kita dapat merasa nikmat itu.

Seperti kisah yang di k0ngsikan portal Yoy Network di mana seorang gadis yang bertuah ini mendapat mertua yang memahaminya dan menjaganya seperti anaknya sendiri.

Momen indah bersama mertua

Menerusi perk0ngsian yang dimuat naik oleh wanita ini di aplikasi TikTok, beliau berk0ngsi momen indah bersama mertuanya.

Beliau turut meluahkan rasa syukur apabila dirinya telah diterima baik dan dikurniakan keluarga suami yang baik hati.

Sayang menantu sampai bagi makan ubat dalam kereta

Malah dia turut memberitahu mertuanya mengambil berat akan dirinya dan juga menjadi tempat dirinya meluahkan rasa.

Dalam video yang berkenaan kelihatan mertuanya sedang memberikannya ubat apabila mendapati dirinya tidak sihat.

Kelihatan seorang wanita bertelekung putih di dalam kereta menghulurkan ubat dan juga minuman buat menantu kesayangannya.

Suami dan keluarga mertua selalu memanjakan diriku

Alesya pernah mengakui berasa bimbang mendapat mertua yang tidak baik kerana sering melihat perkara tersebut di dalam kaca televisyen..

“Suami dan keluarga mertua yang slalu memanjakan diriku, dulu pernah takut mertua itu kayak di filem-filem,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji sikap dan layanan baik mertua wanita ini.

Warganet tumpang gembira lihat keakraban menantu dan mertua

Mereka juga tumpang gembira melihat keakraban kedua-duanya dan memberitahu Alesya bertuah mendapat keluarga mertua yang baik.

Video Klik Disini

Perk0ngsian video yang oleh wanita ini di aplikasi TikTok telah meraih hampir 250,000 tont0nan setelah dimuat naik. – Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini