[VIDEO] Nak Hantar B0rang Nikah, P0lis Bagi Tazkirah Panj4ng Di SJR

Negara kita masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini dan rakyat diminta mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Selain itu, sekatan jalan raya masih diteruskan terutama di sempadan negeri dan daerah ketika ini bagi memastikan tiada cubaan merentas tanpa kebenaran oleh orang ramai.

Urusan pernikahan dibenarkan merentas

Walaubagaimanapun, beberapa urusan penting yang perlu diuruskan oleh orang ramai masih dibenarkan dan membolehkan mereka merentas negeri atau daerah.

Antara urusan yang dibenarkan seperti hal pernikahan atau pekerjaan yang turut dibenarkan bergerak melebihi kawasan yang ditetapkan secara bersyarat.

Tunjuk surat atau bukti perjalanan rasmi

Orang ramai yang mempunyai urusan penting perlu menunjukkan surat atau bukti perjalanan rasmi kepada pihak polis semasa di Sekatan Jalan Raya (SJR).

Menerusi satu perk0ngsian di aplikasi TikTok, pasangan lelaki dan wanita ini melalui SJR untuk menguruskan borang pernikahan mereka.

VIDEO DI BAWAH

Polis trafik jaga SJR beri nasihat rumah tangga

Ketika melalui SJR, pasangan ini memberikan dokumen yang menunjukkan bukti mereka perlu menguruskan borang pernikahan ketika melepasi SJR.

Apa yang menarik, tanpa disangka polis trafik yang bertugas ketika itu turut memberikan nasihat kepada pasangan ini mengenai rumah tangga kepada mereka.

5 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh mengenali pasangan

Malah, polis tersebut sempat berseloroh kepada pasangan ini supaya tidak memasang skandal dan menjaga isteri dengan baik.

Selain itu, antara nasihat lain yang diberikan adalah menurunkan ego dan bertolak ansur dalam rumah tangga yang bakal dibina.

Lebih 550,000 tont0nan setakat ini

Perk0ngsian di aplikasi TikTok itu turut meraih lebih dari 550,000 tont0nan sejak video tersebut dimuat naik.

“Nak hantar borang nikah je tempuh roadblock , dengar nasihat dulu dengan abang JPJ”

VIDEO:

Atau Klik disini untuk tonton video

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dan terhibur dengan perk0ngsian yang diberikan oleh polis trafik itu.

Sumber: Yoy Network, TikTok Via Mytv Viral