[VIDEO] Ratusan ‘Solat Raya’ Luar Surau, Polis Mohon Maaf Terlepas Pandang

Polis Pulau Pinang memoh0n maaf atas kegagalan pihaknya mengesan lebih awal aktiviti solat sunat Aidiladha yang diadakan berhampiran Surau Taman Pelangi di sini pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, aktiviti solat sunat Aidiladha yang dihadiri lebih 200 jemaah itu di luar kawalan pihak surau walaupun pengurusannya telah mengambil beberapa tindakan termasuk menutup pintu pagar.

Menurutnya, mengambil kira sensit!viti umat Islam untuk menunaikan solat sunat itu, pihak pengurusan surau tidak menyuraikan mereka yang berada di luar selain mendapati jemaah melakukan penjarakan fizikal.

“Pihak pengurusan surau telah mematuhi sepenuhnya garis panduan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan mengehadkan kehadiran jemaah seramai 100 orang sahaja.

“Namun kehadiran jemaah semakin ramai dan tidak dibenarkan masuk ke dalam surau pagi tadi menyebabkan mereka mengambil tindakan untuk solat di jalan raya dengan mematuhi penjarakan.

“Disebabkan sensit!viti itu juga, pihak surau tidak menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Terdahulu, tuIar di laman sosial video berdurasi 22 saat memaparkan sekumpulan jemaah melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan raya yang didkwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Mengulas lanjut mengenai kes berkenaan, Mohd Suhaily berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku secara spontan, namun pihaknya akan menyiasat jika terdapat perancangan awal oleh pihak tertentu untuk membawa jemaah yang ramai di kawasan berkenaan.

“Hasil penelitian mendapati, kebanyakan jemaah yang terlibat terdiri daripada warga asing yang tinggal dan bekerja di sekitar Taman Pelangi.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, dalam menghadapi pandemik C0VID-19 kita tidak akan berkompromi sekiranya terdapat pihak yang melakukan peIanggaran SOP.

“Kita dapati pihak surau telah mematuhi SOP, namun tidak menolak kemungkinan jemaah yang kebanyakan warga asing tidak memahami amaran yang dikeluarkan pada Isnin mengenai pematuhan ketat SOP sempena perayaan Aidiladha,” katanya.

Sehubungan itu, tegasnya polis kini sedang mengesan jemaah terlibat kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Tambahnya, kejadian itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua pengurusan surau dan masjid di negeri ini dalam memastikan sebarang aktiviti diadakan tidak meIanggari SOP terutamanya dalam tempoh tiga hari akan datang bersempena dengan Hari Tasyrik.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar terus membuat lap0ran kepada melalui talian 04-2221722 sekiranya mengesyaki berlakunya peIanggaran SOP sebelum menuIarkannya di laman sosial.

Sumber & video dipetik dari MYKMU

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini