[VIDEO] Sempat solat terakhir seorang doktor sblm diintubasi dan pergi mengadap Ilahi di hari Jumaat yg mulia

VIDEO solat terakhir seorang doktor sblm diintubasi dan pergi mengadap Ilahi di hari Jumaat yg mulia | Gambar yang cukup bermakna dari sahabat sahabat di Indonesia. Meski tak cukup hebat untuk menceritakan peribadinya. Nama beliau Dr Adnan Ibrahim. Berumur 47 tahun. Pakar perubatan (Medical)

Pengasas sebuah Yayasan Pendidikan Islam di Makassar. Beliau akhirnya men1nggal dunia semalam, Jumaat yang lepas penuh keberkahan akibat COV1D 19. Beliau antara doktor yang sibuk berper4ng dengan v1rus tersebut di tempatnya.

Gambar ini adalah gambar terakhir sebelum beliau diintubasi. Kita maklum kesan paling bah4ya COV1D 19 adalah pada paru paru. Ketika paru paru dijangk1ti, mula mula pesak1t akan perlukan oksigen tambahan.

Jika kandungan oksigen masih tidak mencukupi, pesak1t akan memerlukan mesin bantuan pernafasan (ventilator) bermula dengan ‘non invasive’ seperti dalam gambar ini. Pada ketika ini pesak1t masih sedar.

Jika keadaan bertambah teruk, pesakit perlu dimasukkan tiub terus ke salur utama pernafasan (intubated). Untuk mengelakkan refleks melawan salur tersebut di samping mengatur pernafasan dengan mesin, pesakit akan diberi ubat b1us yang akan membuatkan pesak1t hilang kesedaran.

Dr Adnan cukup tahu hal itu. Lantas beliau meminta izin untuk solat sebelum prosedur tersebut. Dan ternyata itu solat terakhir beliau. Beliau tidak lagi sedar kembali sesudah itu. Jangk1tan yang semakin teruk akhirnya menyebabkan beliau men1nggal dunia.

Saksikan detik-detik terakhir Allahyarham oleh isterinya…

Subhanallah. Maha Suci Allah. Dikenali sebagai doktor yang sangat baik kepada semua kalangan; senior atau junior, doktor atau bukan. Semoga syah1d miliknya.

Buat para doktor; jagalah solat bahkan ketika anda bertugas. Solatlah samada kita sedang sibuk atau tidak. Sesuaikan dengan ilmu fiqh yang luas. Kita perlukan Allah pada saat kita tidak bekerja; bahkan setiap saat.

Apalagi di saat2 krit1kal…atau ketika kita perlukan petunjukNya untuk merawat pesaki1 pesak1t kita. Begitu jg utk apa jua bidang pekerjaan sekali pun. Jangan sekali-sekali menjadikan kesibukan atau keadaan yg sukar sbg alasan untuk meringankan solat.

Contohnya; mekanik mungkin perlu mengambil masa yg lama utk membersihkan minyak pelincir di anggota badan; pekerja kebersihan yg bertugas di tandas mungkin perlu menukar pakaian sebelum menunaikan kewajiban. Ingatlah, kesukaran yg dihadapi ini memberi nilai tambah terhadap ganjaran yg akan Allah kurniakan.

Kemat1an itu PASTI. Bukan persoalan bila, tapi bagaimana kita ketika melaluinya. Semoga kita melaluinya dlm keadaan redha & diredhaiNya. Al Fatihah.

Kredit video; Chanel Legion Indonesia

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry