[Video] Sindrom Down Rajin Buat Kerja Rumah. “Menangis Kalau Larang,” Abang Kongsi Video Adik Istimewa

Menurut portal MyHealth, Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down cenderung lahir dengan kelainan fizikal dan juga mempunyai masalah kesihatan tertentu.

Namun, ini bukan penghalang bagi Zufarul Fata, 9, berasal dari Indonesia, seorang kanak-kanak penghidap Sindrom Down, untuk berbakti kepada keluarganya. Abang kepada Fata, melalui akaun TikToknya, @saiyufil, mengunggah sebuah video menunjukkan keseharian adiknya yang rajin melakukan kerja rumah.

Video ini menjadi sorotan warga net apabila mendapat 3.7 juta tontonan dan 440.8 ribu sukaan setakat ini. Sementara kita selalu mengelak apabila disuruh ibu melakukan kerja rumah, kanak-kanak berkelainan upaya asal Aceh, Indonesia ini menjadikannya sebagai hobi.

Memetik dari video tersebut, si abang menyatakan bahawa bersih-membersih itu seakan hobi adiknya. Setiap hari, dia akan membantu ibu mereka mencuci pinggan, dan membasuh serta melipat baju.

“Ibu sudah melarang dia melakukan kerja-kerja seperti itu, tapi dia selalu menangis. Akhirnya ibu biarkan,” nyata @saiyufil dalam video tersebut.

Menurut Serambinews.com, si abang, atau nama sebenarnya Saiyufil Aksar, 22, mengiyakan keadaan adik bongsunya yang merupakan seorang penghidap Sindrom Down.

Saiyufil katika dihubungi Serambinews.com berkata, semua pekerjaan rumah itu dilakukan Fata tanpa diajar oleh sesiapa. Bagi Saiyufil, perbuatan adiknya merupakan contoh yang baik bahawa pekerjaan rumah bukanlah tanggungjawab seorang ibu semata, tapi juga tanggungjawab seisi keluarga.

@saiyufil

#vyp mentahannya

♬ suara asli – ABG’NYA DEK FATA – ABG’NYA DEK FATA

Sumber: Serambinews, TikTok

Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman Media Porta< /a> l Ya.

Jom sertai group ni.. Khas untuk kami kongsikan resepi anda nanti.. InsyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –>
Klik Di Sini