[VIDEO] Sudah Emp̷at Tahun Tolong Ambil Sur̷at, Posmen Pun Tak Takut ̷anjing Sebab Dah Kenal

Sudah Empat Tahun Tolong Ambil Surat, Posmen Pun Tak Takut Anjing Sebab Dah Kenal [VIDEO] | Dalam banyak-banyak spesis haiwan di dunia, tak dinafikan bahawa anjing adalah antara yang paling setia dengan manusia. Meskipun dari luaran agak agresif, tapi mereka sebenarnya boleh jinak dan menurut kata jika dilatih sebaik mungkin. Oleh sebab itu, haiwan ini sangat bagus dipelihara sebagai rakan baik serta dalam masa yang sama juga boleh jadi pelindung kepada para pemiliknya.

Memang jinak…dah 4 tahun kenal tugas dia ambilkan surat daripada posmen

Jika sebelum ini banyak video yang jadi perhatian apabila posmen dikejar anjing semasa bertugas, tapi lain pula dengan posting dimuat naik oleh saudara Munir Mohd baru-baru ini. Memandangkan sudah lebih 4 tahun tolong ambilkan surat, anjing berwarna coklat ini sememangnya amat baik dan jinak dengan kehadiran posmen. Sebaik mendengar arahan ‘up‘, ia pandai mengutip surat yang dikirimkan sebelum terus masuk ke rumah untuk diberikan kepada pemiliknya.

Selamat Pagi Gais….mmg jinak dh 4 tahun knl…hahahah….tugas dye mmg ambil surat….

Posted by Munir Mohd on Khamis, 16 Julai 2020

Pandai & bersih bulu dia…kalau anjing lain silap-silap kaki bro yang dibawa balik

Kejadian unik tersebut dirakam oleh lelaki berkenaan semasa menghantar surat beberapa hari lepas, dan tak sangka menjadi viral apabila dikongsi lebih 11 ribu kali setakat ini di laman Facebook. Selain memuji sikapnya yang jinak, rata-rata netizen turut kagum dengan cara posmen tersebut melayan haiwan itu siap berterima kasih lagi.

Sumber: FB Munir Mohd

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Baca lagi artikel manfaat dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi