[VIDEO] Vir̷al Nenek Diri Depan Bu̷aya, Namun Kis̷ah Di Sebalik T̷ayar Lebih Seb̷ak

Viiral Neenek Diri Depan Bu4ya, Namun Kiisah Di Sebalik Taayar Lebih Seb4k [VIDEO] | Sejak semalam lagi, ruangan TikTok kecoh dengan sebuah rakaman menyaksikan gelagat selamba seorang nenek yang tenang berdiri di tepi sungai meskipun berada dekat dengan seekor buaya liar bersaiz besar. Walaupun dikenali sebagai spesies haiwan yang mampu mengancam nyawa manusia, namun ia tidak menyerang malah hanya terdampar sambil mengangakan mulutnya sendiri. Di sebalik rakaman terbabit, kedengaran suara orang kampung menjerit dan meminta agar tayar yang berada pada badan buaya itu dicabut.

Berani hampiri buaya besar…Orang kampung jerit suruh tanggalkan tayar

Tidak lama kemudian, haiwan berkenaan mula berlalu pergi memasuki sungai. Sejak dimuat naik, video tersebut sudah meraih lebih sejuta tontonan malah ada yang menyifatkan nenek itu mempunyai keberanian luar biasa kerana tidak gentar berada di sana. Namun siapa menduga di sebalik buaya ‘berkalung’ tayar motosikal ini, rupanya tersimpan kisah duka yang tidak diketahui ramai orang.

@mmdn_

♬ Oh No – Kreepa

Tamparan hebat pada sikap penduduk yang suka buang sampah masuk sungai

Dalam sebuah lagi video, didedahkan bahawa tayar motosikal terbabit sudah pun lama tersangkut di bahagian badan buaya ini sejak ia kecil lagi. Terdahulu pernah ada hebahan tentang tawaran ganjaran lumayan kepada pihak-pihak yang mampu mengeluarkan ‘kalung’ itu. Meskipun beberapa cubaan sudah dibuat, namun semuanya menemui jalan buntu. Dengan saiznya yang semakin membesar saban hari, nyawa haiwan liar berkenaan sedang terancam sekali gus memberikan tamparan hebat kepada masyarakat di sana kerana gemar membuang sampah ke sungai.

@mmdn_

#buayaberkalungban

♬ original sound – tessa 🙂

Sumber : TikTok mustikamadani, Kish Dunia

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini