Viral 1 Kedai Dekah Roti Canai Melayang Sangkut Atas Kepala, Terlebih Tebar, [VIDEO]

Viral 1 Kedai Dekah Roti Canai Melayang Sangkut Atas Kepala, Terlebih Tebar, [VIDEO] | Nampak simple, namun penyediaan roti canai bukanlah mudah sebenarnya. Bukan sahaja proses membancuh tepung hingga dapat dijadikan doh, malahan teknik menebar juga boleh menentukan kesedapan dan tekstur roti canai berkenaan apabila siap dimasak. Kalau salah cara menebarnya, tak mustahil akan berlaku kejadian yang melucukan seperti perkongsian pemuda ini di Tiktok.

Sumpah berulang kali tengok pun masih gelak

Rakaman tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun @pickkema sejak semalam sudah berjaya meraih lebih 180 ribu jumlah tontonan daripada netizen. Dapat disaksikan, sekumpulan pemuda sedang ligat membuat kerja di bahagian dapur kedai makan mereka. Baru sahaja melintasi kawasan roti canai dan cuba membuat finger heart ke arah kamera, suasana bertukar kecoh apabila tiba-tiba terdapat ‘kelibat putih’ yang melayang tinggi sebelum landing di atas kepala pemuda berbaju putih.

@syapikkema

@jackjibril #klateviral sumpah berulang kali aku tengok still gelak😂😂🤣#findyourfunhere

♬ bunyi asal – KemaSyapik – 🅺🅴🅼🅰🆂🆈🅰🅿🅸🅺

Aku tak boleh berhenti gelak

Tanpa disengajakan, rupanya sahabat di belakang yang ligat menebar tadi telah menerbangkan roti canai itu dengan kuat. Lebih melucukan apabila roti tersebut melekap sempurna di atas kepala umpama kopiah mahupun tudung. Bukan sahaja pekerja kedai makan yang gelak tak berhenti, malahan netizen mengakui sangat terhibur menyaksikan tragedi ‘roti terbang’ sedemikian rupa. Ada juga yang berseloroh rakannya mungkin terlebih menggunakan kemahiran menebar roti canai.

Sumber : TikTok pickkema

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini