Viral, Seorang Lelaki Dikebumi Bersama Mercedes Benz. Ini Sebabnya

Viral Lelaki Dikebumi Bersama Mercedes Benz. Puncanya Buat Ramai Tak Sangka | Satu upacara pengebumian seorang lelaki dilakukan di afrika selatan, namun apa yang peliknya, pengebumiannya ditanam bersama-sama dengan sebuah kereta, ini sebabnya. Baca selanjutnya..

Permintaan Simati
AFRIKA SELATAN – Seorang lelaki dikebumikan bersama sebuah kereta jenama Mercedes Benz sebagai menghormati permintaannya.

Ketua tradisional, Tshekede Pitso, 72, ditempatkan di bahagian pemandu Mercedes-Benz E500 tahun 1990 sebelum dikebumikan dan kuburnya ditempah khas yang memiliki kelebaran tujuh kaki di tanah perkuburan keluarganya di Afrika Selatan, lapor Dailymail

Anak mendiang, Sefora Letswaka, 49, berkata, bapanya merupakan seorang ahli perniagaan.

“Kira-kira dua tahun lalu dia membeli sendiri Mercedes Benz dan mahu menghabiskan masanya bersama kereta.

Dia berhasrat jika meninggal dunia, mahu membawa kereta itu sekali ke dalam kub0r.

Kami mendengarnya dan menghormati hasratnya. Diharap dia gembira,” katanya selepas pengebumian di Kampung Jozana di Sterkspruit yang terletak di Eastern Cape.

Sumber : Sinar Harian

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Like Fanpage : Madara Gaming

_____________________________________________

Baca Artikel manfaat Dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi