Virus Baharu Seakan H1N1 Muncul Di China, Boleh Berisiko Jadi Pandemik Baru 2021

Virus Baharu Seakan H1N1 Muncul Di China, Boleh Berisiko Jadi Pandemik Baru 2021 | Jangkitan virus COVID-19 sudah mula susut di beberapa buah negara termasuklah China. Ramai orang mula menghela nafas lega dan berasa lebih yakin untuk menjalani aktiviti harian seperti biasa walaupun perlu mematuhi standard of procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Akan tetapi, muncul pula ancaman baru yang berpotensi untuk merebak seperti COVID-19.

Ada simptom seakan H1N1, demam dan selsema

Memetik laporan Astro Awani, saintis di China telah mengesan satu masalah kesihatan baru yang dinamakan sebagai virus G4 EA H1N1. Masalah kesihatan ini dikatakan mempunyai simptom demam dan selsema seperti influenza H1N1 yang pernah menular pada tahun 2009 dahulu. Penemuan tersebut terjadi apabila terdapat laporan jangkitan terhadap 2 individu di negara berkenaan.

Mungkin datang daripada khinzir yang diternak

Menurut jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS), vaksin inflenza yang sedia ada tidak mampu sembuhkannya jika menjangkiti tubuh manusia. Selain itu, pemeriksaan epidemiologi terhadap kedua-dua individu yang dijangkiti mendapati bahawa jiran mereka memelihara khinzir.

Berpotensi untuk menjadi wabak jika tak dikawal

Pada masa yang sama, para saintis telah menjalankan pemeriksaan terhadap beberapa penternak khinzir berkenaan dan mendapati 35 daripada 338 individu (10.4%) mempunyai antibodi untuk virus terbabit. Kajian itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis kerana masalah kesihatan tersebut boleh menjadi pandemik jika ia tidak dipantau.

Sumber: FB Astro Awani

Like Fanpage Admin : Madara Gaming

kalau sudi Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini