W4nita Sedih Anak Usia B4ru 34 H4ri Dah Disuap Madu 0leh Mertua Dan Svami

Umum tahu, madu mempunyai pelbagai kelebihan dan merupakan makanan sunnah yang berkhasiat. Namun begitu, ia tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi berumur bawah 12 bulan.

Suami & ibu mentua bagi anak minum madu

Menerusi video yang dimuat naik oleh Intampersari di TikTok, berkongsi satu kisah yang agak ‘kurang senang’ untuk dirinya apabila suami serta ibu mentuanya menyuapkan bayinya yang baru lahir dengan madu dan susu kambing.

Difahamkan, suami dan ibu mentuanya itu bertegas berbuat demikian kepada bayi yang baru berusia 34 hari itu dengan mengatakan bahawa minuman berkenaan adalah baik untuk anaknya.

34 hari awak lahir, awak dah diberi susu kambing dan madu dengan ayah dan nenek awak. Kata ayah dan nenek awak, baik untuk bayi.

Lebih mengejutkan lagi apabila ibu mentuanya mengatakan bahawa susu ibu tidak mempunyai nutrisi serta khasiat yang cukup. Meskipun sudah pelbagai cara mereka gunakan bagi memastikan bayi tersebut terus membesar, namun kesihatannya bertambah susut.

Sebab susu ibu ini tak berfungsi dengan sebaik mungkin dan tak ada nutrisi yang sihat. Jadinya awak dikatakan kurang nutrisi oleh nenek kamu dan susu formula tu haram.

Sejak daripada itu, si isteri merasa tidak berpuas hati terhadap suami serta ibu mentuanya itu kerana kedua-duanya enggan bertanggungjawab dengan apa yang sudah terjadi terhadap anaknya itu.

Anak baru berusia 34 hari

‘Kesian anak tanggung sakit’

Sumber : intampersari23

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini