W4spada Pada Hutang Tak Nampak, Suami Jangan Skip Nafkah Bila Isteri Ada Income Sendiri

Waspada Pada Hutang Tak Nampak, Suami Jangan Skip Nafkah Bila Isteri Ada Income Sendiri | Sebagai ketua keluarga, setiap suami wajib untuk membayar nafkah. Kewajipan ini malah sebenarnya turut diimbangi dengan kewajipan isteri untuk taat kepada suami. Malah para isteri juga wajar diberi nafkah kerana pengorbanan mereka dalam rumah tangga sangat besar termasuklah sering menjaga makan minum serta hamil dan melahirkan anak-anak.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Kesilapan yang perlu diperbaiki…bila isteri ada income suami terus lepas tangan

Namun realitinya terdapat sesetengah suami yang terus lepas tangan apabila partner mereka bekerja dan ada sumber pendapatan sendiri. Pendek kata, hampir semua keperluan rumah dan anak-anak dibelanjakan guna duit isteri. Menurut saudara Fidaus Shakirin, situasi itu dibolehkan seandainya para isteri sendiri rela untuk menanggung semua belanja tersebut.

Jika tak redha & rasa dipergunakan…maka suami telah berhutang dengan isteri

Namun jika perkara ini berlarutan sambil isteri rasa terbeban atau tak rela, maka secara automatik suami sebenarnya telah ‘berhutang’. Hal ini kerana tanggungjawab yang berada di bahu mereka telah diserahkan pula kepada isteri masing-masing.

Hutang yang tak nampak…isteri tiada syarat ada pendapatan suami boleh lepas tangan

Tak terhenti setakat di dunia saja, hutang yang tak nampak itu malah boleh menyebabkan suami merana di akhirat kelak. Justeru Firdaus menegaskan semula bahawa para suami wajib memberikan nafkah terhadap isteri sama ada bekerja ataupun suri rumah, apalagi tak mengambil berat langsung tentang perkara itu.

Sumber: FB Firdaus Shakirin

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry