Wanit̷a Kena Tah̷an Pih̷ak Berku̷asa Ketika Nak Ambil V̷aksin, Rup̷anya Ini Punc̷a Sebenar Dia Kena Tah̷an

Seorang wanita warga Filipina dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menggunakan MyKad palsu dan nombor MyKad milik penduduk tempatan untuk mengambil suntikan v4ksin C0vd19 pada Ogos dan September lalu.

Tertuduh Marajum Pengiran, 56, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun secara serentak untuk ketiga-tiga pertuduhan bermula dari tarikh ditangkap pada 16 November lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan salinan MyKad palsu atas nama Marujum Binti Pengiran.

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh disyaki menggunakan kad pengenalan milik orang lain bagi mendapatkan suntikan dos pertama dan kedua vaksinasi C0vd19 pada 17 Ogos dan 7 September tahun ini di Fasiliti Pemberian V4ksin DAVTC, Lahad Datu.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana dengan sengaja memiliki salinan kad pengenalan palsu sebagai dokumen pengenalan dirinya.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Mohd Naser Mohd Nadzeri dan Nurul Fariza Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Abdul Karim dari Sazalye Donol, Muhammad & Co.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber : HMETRO