Wanita Cina Teruja Pertama Kali Pakai Tudung,BebeI Kalau Pakai Tudung Tak Boleh Baju Lengan Pendek

Perbezaan bangsa bukanlah menjadi penghalang kepada kita untuk bersahabat dan mendalami budaya masing-masing

Tidak salah sekiranya kita mencuba adat dan cara kawan kita yang terdiri daripada bangsa Cina, India dan sebagainya.

Secara tidak langsung, ia membuatkan kita berfikiran lebih terbuka dan bukan hanya bergaul dengan orang yang sama saja.

Tidak terkecuali dengan seorang influencer di Instagram ini apabila dia mengajar kawan baiknya yang berbangsa Cina untuk memakai tudung buat pertama kali telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Excited pakai tudung, siap minta baju lengan panjang sebab nak tutup aurat

Menerusi video yang dimuat naik oleh nurhayatitahirr, kelihatan dia sedang memakaikan tudung di kepala kawan Cinanya yang mesra dipanggil Wawa.

Menurutnya, Wawa sendiri yang meminta tolong gadis itu untuk memakaikannya tudung buat pertama kali kerana ternampak salah satu komen di Instagram.

Apa yang lebih membuatkan ramai kagum adalah, Wawa siap membebel ingin memakai baju lengan panjang kerana berpendapat bahawa orang Melayu dan Islam tidak sesuai memakai baju lengan pendek bersama tudung.

Sebelum ini, Wawa juga sempat memberikan tazkirah buat Nurhayati apabila dia diprank konon kawannya itu ingin membuka tudung demi konten.

Lihat video penuh itu di bawah:

“Bagusnya, walaupun non Muslim banyak dia tahu tentang agama Islam. Comel pulak tu pakai tudung” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 34.9K views, 4.1K likes dan 170 comments di laman Instagram.

Rata-rata netizen pula turut memuji kecomelan Wawa dan berpendapat dia sangat bagus kerana faham dan menghormati agama Islam. Malah, ramai yang mendoakan semoga dia mendapat hidayah dan terbuka hati untuk memeluk Islam satu hari nanti.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini