Wanita Kongsi Cara Bezakan Madu Asli Dengan Yang Tiruan, Agar Kita Tidak Mudah Tertipu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Umum mengetahui, madu mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan. Madu juga sangat mudah untuk didapati, tidak kira di pasar raya mahupun pasar malam. Namun, tidak semua madu yang dijual itu adalah 100% asli.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @darlina2020, wanita ini ada berkongsikan cara bagaimana nak tahu sekiranya madu yang anda beli itu adalah asli mahupun tiruan, dengan hanya menggunakan air.

Caranya mudah sahaja, anda tuangkan sedikit madu ke atas pinggan yang rata dan campurkannya dengan air. Kemudian, pusingkan pinggan mengikut arah atau lawan jam.

Jika ia adalah asli, madu tersebut akan tenggelam dalam air dan berbentuk seakan menyerupai sarang lebah. Manakala, jika ianya sebaliknya, madu tersebut mungkin telah dicampur dengan air dan gula.

Untuk lebih mudah faham, anda boleh tonton video di bawah ini.

Sumber: TikTok

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini