Wanita lslam Kem4tian Suami Diben4rkan Bekerja Di Rumah Sew4ktu Temp0h Edah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa wanita beragama Islam yang kematian suami dibenarkan bekerja dari rumah sewaktu tempoh edah.

Perkara ini disampaikan beliau dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMO 2021 (PAU2021) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri memetik laporan Bernama, wanita Islam yang kehilangan suami boleh bekerja dari rumah dan majikan tidak boleh memaksa mereka bekerja di pejabat sebagai menghormati keadaan mereka sehingga tamat edah iaitu dalam tempoh empat bulan 10 hari.

Selain itu, Ismail Sabri menekankan mengenai pembelaan terhadap golongan wanita termasuk kes mahkamah yang dimenangi kaum hawa dalam kes tuntutan nafkah.

“Kita telah buat keputusan supaya bank membekukan akaun-akaun bekas suami yang tidak membayar nafkah.

“Selepas keputusan diperoleh, bank akan membuat potongan terus daripada akaun bekas suami.

“Jika kadarnya RM1,000 misalnya, bank akan terus potong dan bayar pada bekas isteri,” jelas Ismail Sabri, memetik laporan Bernama.

Kerajaan luluskan perlaksanaan gaji minimun RM1,500
Terdahulu dalam ucapan PAU2021, Ismail Sabri turut mengumumkan perlaksanaan gaji minimum berjumlah RM1,500 yang telah diluluskan kerajaan.

“Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh para perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana.

“Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara,” kata beliau dalam ucapan tersebut.

Tambah Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, kajian impak telah dilaksanakan secara mendalam sebelum keputusan pelaksanaan gaji minimum ini diputuskan oleh kerajaan.

Selain itu, beliau berkata kerajaan turut mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kesannya terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perlaksanaan gaji mimum 1 Mei ini akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Bagi syarikat-syarikat mikro yang mempunyai kurang pekerja dan kurang pendapatan, Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M. Saravanan) akan berbincang dengan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) mohon agar tangguhkan dulu (penguatkuasaan) kepada syarikat-syarikat kecil ini,” ujar Ismail Sabri.

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini