Wanita Selamba Minum Di Kafe Tayang Wristband COVID-19 Dicari, Ingkar Kuarantin

Seorang Wanita Selamba Minum Di Kafe Tayang Wristband COVID-19 Dicari, Ingkar Kuarantin | Prihatin dengan nasib rakyat yang terkandas di luar negara ekoran pandemik COVID-19, pelbagai usaha membawa mereka pulang giat dilakukan oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan Malaysia. Walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja penerbangan antarabangsa mendarat di tanah air kebelakangan ini, tapi protokol keselamatan masih dilaksanakan demi mengelak gelombang wabak baru tercetus pula.

Viral gambar wanita pakai wristband pink KKM….selamba tayang sambil makan dekat cafe

Menerusi entri terbaru di Facebook miliknya, Nurul Chu Hada Karim meluahkan kekecewaan terhadap gambar seorang wanita yang tular gara-gara makan di premisnya walaupun sedang memakai gelang tangan khas KKM berwarna merah jambu. Menurutnya, wristband tersebut memang dikhususkan untuk semua warga Malaysia yang baru tiba ke tanah air sekali gus perlu menjalani tempoh kuarantin wajib 14 hari di rumah masing-masing.

Bukan sorang dua terkena kalau positif…Individu terbabit dicari untuk kena tindakan undang-undang ingkar arahan KKM

Susulan itu, Nurul terus menghubungi pihak Jabatan Kesihatan Perak bagi memaklumkan isu tersebut dan pihak mereka terus datang memeriksa premis berkenaan. Mujurlah ‘mak cik merayap’ tersebut disahkan negatif COVID-19 dan juga sudah melakukan ujian kesihatan untuk kali kedua. Dalam pada itu, wanita ini menyeru semua rakyat Malaysia agar peka dengan protokol keselamatan tersebut sekali gus tak menyusahkan pihak peniaga sepertinya.

Sumber: FB Nurul Chu Hada Karim

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

______________

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi