Warga Selangor & KL Boleh ‘Walk In’ Vaksin Bermula 1 Ogos, Hanya Untuk Dua Golongan Ini

Kerajaan mengumumkan mana-mana warga Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mendapat janji temu vaksinasi serta golongan tercicir boleh mendapatkannya secara terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 1 Ogos.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi C0VID-19 (CITF), inisiatif itu dibuka kepada rakyat tempatan dan asing serta golongan tercicir yang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan seperti yang dijelaskan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sebelum ini.

“Merujuk kepada mesej tuIar mengenai walk-in di Selangor dan Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2021, CITF ingin memaklumkan bahawa inisiatif walk-in ini adalah untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat janji temu selepas tarikh tersebut dan bukan untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing,” kata CITF dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

“CITF juga ingin memaklumkan bahawa PPV yang akan beroperasi untuk tujuan walk-in pada bulan Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak. PPV yang ada sekarang tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif walk-in ini.

“Dalam pada itu, CITF ingin menyeru agar mereka yang telah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan,” jelas kenyataan itu lagi.

SUmber: Xtra Via Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini