Waspada Tag Kuarantin Haram Dicabut Suka Hati, Terus Ambil Gambar Orang Yang Merayau

Waspada Tag Kuarantin Haram Dicabut Suka Hati, Terus Ambil Gambar Orang Yang Merayau | Walaupun tak begitu ketara, tapi trend peningkatan jumlah individu positif COVID-19 di Malaysia sejak akhir-akhir ini nyata agak membimbangkan. Lebih teruk lagi, viral pula di media sosial baru-baru ini tentang seorang wanita yang bertandang ke sebuah kafe sambil memakai tag khas COVID-19 daripada KKM. Tindakan tersebut telah mendapat kritikan ramai kerana individu berkenaan sepatutnya perlu menjalani kuarantin wajib di rumah.

Tag pink untuk orang dewasa…putih untuk kanak-kanak

Terpanggil dengan isu tersebut, PQ Community berkongsi beberapa maklumat yang perlu diketahui masyarakat menerusi kenyataan terbarunya di halaman Facebook. Tag atau wristband yang berwarna merah jambu dikhaskan kepada orang dewasa, manakala putih pula bagi golongan kanak-kanak yang baru pulang dari luar negara.

Tag tak boleh dibuka sesuka hati…anggota kesihatan akan buat pemeriksaan mengejut

Individu yang terlibat turut ditegaskan supaya jangan cabut tag tersebut sewenang-wenangnya hingga tempoh kuarantin selesai. Malah ia hanya boleh dipakai serta ditanggalkan oleh pihak kesihatan berwajib saja. Mereka turut akan melakukan spotcheck secara mengejut demi pastikan arahan sentiasa dipatuhi.

Jangan bagi pemakai tag masuk mana-mana premis…kalau jumpa ambil gambar & laporkan

Sehubungan itu, PQ Community menyarankan semua pengunjung dan pemilik premis perniagaan supaya lebih berhati-hati. Jika ternampak golongan tersebut merayau di lokasi awam, masyarakat boleh ambil gambar seterusnya laporkan penemuan tersebut kepada pejabat kesihatan terdekat. Langkah pencegahan ini sangat penting bagi mengelakkan tercetus gelombang baru wabak COVID-19.

Sumber: FB PQ Community
Kredit: kisahdunia

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Baca lagi artikel manfaat dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi